I believe that eating cereal for breakfast will help me lock in healthier eating habits for the rest of my day as it will also curb slugginess and fatigue often felt after eating heavy food.
Total Pageviews
Tuesday, November 18, 2014
My new healthy breakfast - Kellogs Cornflakes!
Ok, enough with nasi lemak, roti canai and fried noodle for our breakfast! Let's begin revamping our eating habits. Lately, I noticed that my waist size is going up and my weight is increasing more and more. One factor that has most likely contributed to my increased waist size is eating heavy food during breakfast. After months of hating myself, hating my body and abusing it with way too much food, I have decided to stop bingeing and challenge myself to eat healthy! Thus, I bought a box of cereals, to be specific, Kellogs Cornflakes for breakfast.
Monday, November 17, 2014
Hari ni jom saya perkenalkan salah seorang Receptionist kami yang comel lote. Nama adik kami yang comel lote dan kulit gebu bak telur dikupas ni, Hanis. Masa ni saya sedang buat spotcheck unit DCDN (Digital Communications Display Network) di Hallmark tapi terserempak pulak dengan adik Hanis yang comel lote ni. Dia bukan saja comel tapi sangat baik hati dan peramah. Tapi pada mereka yang nak mintak nombor telefon nak berkenalan tu, maaf je la ya, adik comel ni baru saja melangsungkan perkahwinan dengan jejakan pilihan hatinya tahun lepas.
Kenapa mekap saya nampak pelik? Hahaha! Abaikan je lah shading yang terlebih di dahi tu. Masa tu nak cepat so saya tepek je lah krim shading tu sepantas kilat dan terus keluar pejabat. Biasa lah..kerja macam saya ni, mana boleh nak berdondang sayang mekap slow-slow macam orang nak naik pentas berlakon teater. Hehehehe!
Saturday, November 1, 2014
Apa aiskrim kesukaan kami?
Babes! Hari ni kita cakap pasal aiskrim nak? Ok, apa aiskrim kesukaan korang? Mesti semua orang suka aiskrim kan? Ok la, kalau bukan semua..mesti kebanyakan manusia di muka bumi ni suka makan aiskrim. Aiskrim kegemaran kami anak beranak ialah...sudah tentunya Cornetto!! Hulala!!!
Kami masing-masing ada flavour tersendiri. Si kecik yang mengada-ngada bernama Aaron tu suka flavour chocolate, kakaknya yang tak kurang mengada-ngada jugak tu suka flavour yang sama macam mamanya, Vanilla. Kami ni pantang dengar motor aiskrim lalu depan rumah, kalau kami dengar...mula lah tak boleh duduk diam, yang kecik tu terjerit-jerit suruh beli aiskrim dan yang mama nya tak boleh duduk diam sebab berlari-lari ambik purse..kakaknya pulak dengan gelabahnya cari kunci rumah..hahaha!

![]() |
| Bukti kami semua sukakan Cornetto!!! |
Friday, October 31, 2014
Kami lah musuh dan kami lah sahabat!
Jarang betul nak lihat mereka berdua baik macam ni...gambar ini sangat rare! Dua beradik ni walaupun lahir dari kantung yang sama tapi sangat lah tidak rapat. Mereka berdua sentiasa bergaduh, malah kalau dikira masa mereka berbaik, agaknya dalam sejam tu adalah 15 minit je..yang lagi 45 minit tu berperang dan bertikam lidah. Huhuhuhuhu! Puas dipujuk dan puas diberi nasihat tetapi bagaikan mencurahkan air di daun keladi. Walaupun mereka ni adalah permata hati mama dan babah tetapi kadang-kadang mereka ini ibarat duri yang menikam jantung mama dan babah jugak....whatever it is! I still love you both, forever!
Saturday, September 27, 2014
Wedding..wedding...here I come!
![]() |
| Adik agak bad mood sepanjang perjalanan....mengantuk barangkali... |
![]() |
| Mek Ja dan putera puterinya... |
![]() |
| Mek Ja, Nana dan Mek Sue |
![]() |
| Bersama kakak ipar hubbyku, Kak Zana. Kakak ipar ku ni dah ada anak dara tapi still awet muda, muka macam orang baru kahwin... |
![]() |
| Berposing dengan Icha dan sepupunya, Aisyah. Aisyah, anak arwah abang iparku kelihatan manis dengan warna pink |
![]() |
| Bergambar dengan Nana dan Baby mama yang manja... |
![]() |
| Bergambar dengan pengantin yang cantik jelita, Along |
![]() |
| Ni pulak saudara hubby, yang hujung sebelah kiri tu wife kepada sepupu hubby dan gadis berwajah Arab yang bertudung kuning tu sepupu hubby yang menetap di Melaka |
![]() |
| Fatin ni praktikal di syarikat yang sama dengan Mek Ja |
![]() |
| Group picture dengan pengantin..tapi tak cukup korum. Yang ada cuma Sue, Kak Tina (kakak hubby), Mak hubby, Kak Zana (kakak ipar hubby) dan baby Icha |
![]() |
| Cantiknya alahai pengantin! Comel sangat..... |
![]() |
| Ok, photographer cakap..action! |
![]() |
| Senyum semua! Mak pun gelihati dengan telatah pengantin dan Dak Sue |
Friday, September 26, 2014
![]() |
| Bergambar bersama adik-adik manis dari Team Procurement |
Saturday, July 19, 2014
Words Are Not Enough
We have been married since 16 April 2013 but we have been together since 1997. Our love is getting stronger ever and ever. I love you so much, Mr Hubby! You are my first love and the last, InsyaAllah!
No words could ever tell you,
No action could express
The way I feel about you,
With you, my life is blessed.
You're the light in my tunnel.
You are my pot of gold.
You are the strength that gets me through
When despair has taken hold.
You're my once in a lifetime.
You make my life complete.
You are my blue ribbon
In the shadow of defeat.
There's nothing I could ever say,
And nothing I could do
To let you know just how much
Love is in my heart for you.
© Denese H. Boyett
Saturday, July 12, 2014
Icha, my baby forever
When times seem too hard to bear and I feel like giving up
I vision your beautiful face, the twinkle of your eyes and things of such
The bond we created from my womb to the day you were born
Is a mother and daughter bond that can never be torn
With the strength and guidance of God and the blessings he pours down from above
I want to be the best mom I can be to you and embrace you with all my love
You are as precious as a flower and as gorgeous as a rose
You have been specially made to the very tip of your nose
You are as sweet as honey; such an innocent young child
You are brighter than any star in the sky every time you smile
I want you to be proud of who you are and strive to be the best
Put forth efforts to achieve your goals and let God do the rest
I will always be your mother first, but I'm also your friend
You are the most precious gift, that I've ever been given
© Sherri Lawrence
Wednesday, July 2, 2014
Restoran kesukaan Icha (Icha's favourite restaurant)
Memang sejak dari kecil lagi Icha suka makan di restoran yang berhawa dingin dan mahal. Tak tau la dia ikut perangai siapa.
Tok Abah pernah cerita yang waktu Icha berusia 4 tahun, Tok Abah dan Nek Ma telah membawa Icha keluar ke bandar Shah Alam, sekadar untuk berjalan-jalan. Then, bila dah masuk waktu makan tengahari, Tok Abah tanya lah Icha, dia nak makan apa untuk lunch. Icha bagitau yang dia nak makan di restoran yang ada air-con je atau dalam bahasa melayu penuh, restoran berhawa dingin. Masa tu Tok Abah dah cuak sebab duit yang dibawa di dalam dompet tidak lah banyak mana. So, Tok Abah pun mengajak Icha dan Nek Ma masuk ke dalam restoran biasa yang menghidangkan nasi campur di Seksyen 18, kalau tak silap Mek Ja. Tapi, Icha langsung tak nak masuk dan mukanya masam mencuka. Dia merengek-rengek nak keluar daripada restoran tu dan mengajak Tok Abah serta Nek Ma masuk ke restoran Chicken Rice Shop di bangunan Ole-Ole. Tok Abah yang tak pernah masuk ke restoran tu dengan Nek Ma agak cuak, takut harganya mahal. Tapi, demi cucu..mereka turutkan juga. Akhirnya, yang makan nasi cuma Icha sahaja sebab Tok Abah cakap harga dalam menu agak mahal berbanding kedai nasi ayam lain. Hmm..Icha..Icha...
Entri kali ini mengisahkan restoran kesukaan anak dara Mek Ja yang sangat mengada-ngada. Mana lagi kalau bukan Windmill. Memandangkan Windmill yang paling dekat dengan rumah kami adalah Windmill di Plaza Masalam, Shah Alam maka kami membawanya makan di situ setelah pulang daripada sekolah.
Selalunya kalau kami ke sini, Icha suka memesan makanan berasaskan ayam kerana dia masih lagi tak pandai nak makan daging akibat gigi kekalnya belum tumbuh lagi. So, kalau sebelum ni dia order chicken chop, kali ni dia akan order chicken grill. Begitu lah cara dia sehingga habis semua menu ayam diordernya.

| Tengok lah Icha tu, bukan main berselera lagi dia makan... |
Selalunya kalau kami ke sini, Icha suka memesan makanan berasaskan ayam kerana dia masih lagi tak pandai nak makan daging akibat gigi kekalnya belum tumbuh lagi. So, kalau sebelum ni dia order chicken chop, kali ni dia akan order chicken grill. Begitu lah cara dia sehingga habis semua menu ayam diordernya.
| Ini lah chicken chop yang Icha order, gravy diasingkan memandangkan Icha tidak makan pedas |
Mek Ja pulak lebih sukakan daging so kalau datang sini, sah-sah la Mek Ja akan order steak samada sirloin steak ataupun rib eye steak. Untuk pengetahuan anda, Mek Ja ni sangat gilakan daging..kalau tak dapat makan daging dalam seminggu, mulalah hati cepat marah dan bad mood menyerang. Hahahaha!
| Ini steak Mek Ja... |
| Steak Mek Ja yang telah dicurahkan gravy |
Sedap ke makanan di Windmill Shah Alam ni? Hmm..macamana nak cakap ya. Ok la, jujur Mek Ja jelaskan, susah nak dapatkan steak yang sedap di Shah Alam ni. Bagi Mek Ja, kalau anda mahu menikmati steak yang sedap, Mek Ja cadangkan agar anda pergi ke Windmill Subang Jaya. Makanan di sini rasanya kurang sedap berbanding makanan yang dihidangkan di outlet Subang Jaya. Ketika steaknya dihidangkan, ia tidak lagi panas dan rasanya juga agak hambar. Tapi kalau dah terpaksa, nak buat macamana kan? Nak pergi steak house lain, jauh sangat...
Namun begitu, kepada mereka yang mahu mencuba makanan di sini, datang lah! Selain steak dan chicken chop, mereka juga ada menghidangkan makanan berupa seafood dan makanan lain seperti nasi goreng cina dan lain-lain lagi.
Ok, kepada mereka yang terasa nak makan steak ataupun nak meraikan harijadi keluarga tercinta tapi tak nak pergi jauh-jauh, anda boleh datang ke sini kerana suasana restorannya yang nampak mewah dan classy. Lagipun..kalau anda datang malam, mereka akan meletakkan candle light berwarna merah di atas meja. Kepada suami-suami di luar sana, boleh lah bawak isteri tercinta makan malam di sini, samada untuk menyambut ulangtahun perkahwinan atau sekadar untuk menikmati makan malam berdua.
Bagi mereka yang tak pernah datang ke restoran ini, anda boleh melihat alamat yang tertera di bawah, sure tak sesat punya! Selamat beromantik, hehehe!
Restoran Windmill
1st Floor, Plaza Shah Alam, Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: 03-5511 3896
Monday, January 6, 2014
One of The Best Indian Food in Shah Alam
Kalau nak tau, ini lah makanan India yang paling saya suka di Shah Alam. Makanan sedap tak semestinya di restoran mahal berhawa dingin, malah bawah pokok pun sedap kalau tukang masaknya benar-benar mengambil berat tentang kualiti masakan dan bahan-bahannya.
Kalau anda penggemar makanan India homemade, datang lah ke "Under The Tree" di Seksyen 23, Shah Alam. Tapi jangan expect anda akan duduk di dalam restoran berhawa dingin ataupun kipas angin berpusing-pusing di hadapan anda, kerana kedai ini tidak mempunyai kipas angin apatah lagi penghawa dingin. Hanya angin-angin sepoi bahasa akan menemani anda sewaktu menjamah hidangan (itupun kalau ada angin, kalau tak bersedialah ditemani dengan peluh anda sendiri)...
Ikan tenggiri gorengnya memang "killer!" Jom, rasakan sendiri....
Subscribe to:
Posts (Atom)