Total Pageviews

Friday, January 30, 2015

Pengalaman pahit di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam

Mek Ja memang particular bab-bab makanan. Lagilah kalau harga yang dikenakan tidak setimpal dengan rasa makanan yang dihidangkan. Kalau harga mahal tapi makanan yang dihidangkan sedap dan memuaskan hati, Mek Ja tak kisah! Tapi kalau makanan yang dihidangkan kurang sedap tapi harga yang dikenakan agak mahal, memang lah Mek Ja sangat angin! 

Ok, entri hari ini adalah mengenai makanan yang Mek Ja order di Secret Recipe, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam. Semua orang pernah dengar Secret Recipe kan? Makanan di Secret Recipe selalunya sedap terutama kek dan menu-menu dessert mereka. Tetapi...huhuhu...makanan yang dihidangkan di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil Shah Alam ini sangat tidak memuaskan hati. Ok, jom tengok gambar Vietnamese Beef Noodle Soup yang diambil dari laman web rasmi Secret Recipe.



Selalunya Mek Ja makan Vietnamese Beef Noodle Soup ni di outlet SACC Mall dan memang menepati citarasa, rasanya yang sedap dan daging yang empuk membuatkan menu ini menjadi salah satu menu kegemaran Mek Ja. Malah makanan yang dihidangkan di cawangan SACC Mall sama seperti dalam gambar yang terdapat di laman web mereka. Tetapi, entah kenapa malang betul nasib Mek Ja hari ini...apabila Mek Ja memesan menu ini di cawangan Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam, ini yang Mek Ja dapat.




Dagingnya sangat hanyir


Sudah lah hanya beberapa ketul daging saja yang diletakkan di dalam hidangan yang Mek Ja order ni, tapi yang paling mengecewakan adalah rasa daging yang hanyir, macam nak muntah Mek Ja makan. Ok, Mek Ja tak berapa kisah kalau daging tu sikit tapi rasa kuah dan dagingnya yang hanyir tu membuatkan Mek Ja rasa geram dan sakit hati yang amat sangat. Mek Ja tak pernah makan Vietnamese Beef Noodle Soup yang hanyir macam ni, di mana-mana cawangan Secret Recipe. Dah la Mek Ja ni jenis fobia, apa lagi..terus fobia nak order menu ni lagi dan Mek Ja dah blacklist nak Secret Recipe Dataran Otomobil tu. 


Cawangan Secret Recipe di sini merupakan cawangan kedua yang telah Mek Ja blacklist, yang pertama di AEON Jusco, Bukit Tinggi Klang kerana Mek Ja telah terkena keracunan makanan selama seminggu selepas makan Cheese Brownies yang dibeli di situ. Keracunan makanan tu bukan biasa-biasa tapi Mek Ja muntah-muntah dan ceret beret sehingga hampir dimasukkan di hospital.

Alamak..sayang betul, Mek Ja suka sangat Vietnamese Beef Noodle Soup ni tapi sebab pengalaman pahit ni, Mek Ja dah tak berani nak order menu ni lagi di mana-mana cawangan Secret Recipe. Huhuhu...sedihnya....



Wednesday, January 28, 2015

Staying healthy with Jacob!

Many of us have fond memories of enjoying a cream cracker or we used to call "Biskut Lemak" with some condensed milk on top of it when we were young, including me. Either we dunk it in our favourite drink such as Milo or tea or we top it with some condensed milk, right? 

I used to eat cream crackers because of the taste, never did I knew that Cream Cracker is a healthy food. When I was young, "biskut lemak" would satisfy my hunger and gives satisfaction especially during a raining season. Now, when I know that "Biskut Lemak" is a healthy food, instead of buying some unhealthy  and calorie-laden junk food, I would now prefer cream crackers to be kept in my kitchen or office pantry. 


As someone who hates gym and exercise to the core, I will try looking for alternatives to reduce my weight. For me,staying healthy is not just about hitting the gym. It’s also about making healthy choices to my daily lifestyle including eating the right food. In fact, the busier my schedule, the more important it is to eat healthy foods that give me the fuel I need to keep going. That is why I chose Jacob's Original Cream Cracker to help me stay healthy on the inside while looking good on the outside.




Jacob's Original Cream Cracker has been my favourite because of the creamy taste and less oily compare to other crackers and it also has less fat for our dietary needs. 

Here’s how we can enjoy Jacob’s Crackers: Dunk it in our favourite drink, top it with cheese or condensed milk or enjoy it with any of your favourite dip. But, my favourite way is to top it with a lot of condensed milk...hmm..yummy!






Sunday, January 25, 2015

Bercuti di hujung minggu - Port Dickson

Kami datang lagi! Termasuk kali ini, entah kali ke berapa kami menjejakkan kaki ke hotel favourite keluarga kami, Lexis Port Dickson ini. Kali ini kami ambil bilik Deluxe Water Chalet yang mengadap laut. Pemandangan laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari laut sangat menyamankan. Sesungguhnya ia mampu melegakan badan dan minda.






Untuk pengetahuan semua, bilik Deluxe ini berukuran 418 kaki persegi dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz King dan sebuah Day Bed yang berukuran 68" x 34" x 6". Yang menariknya bilik di Hotel Lexis ini ialah bilik mandinya yang besar, lengkap dengan bath tub berupa jacuzzi dan ruang mandi shower yang berasingan. Mula-mula bukak pintu bilik aje anda akan masuk ke kawasan bilik mandi dulu, baru anda masuk ke kawasan bilik.


Bukak-bukak je pintu nampak bath tub berupa jacuzzi ini

Nampak ada kaca kat lantai..kita boleh tengok air laut kat bawah

Standing shower dibuat secara berasingan

Ini pemandangan dari dalam bilik

Yang paling excited bila berjalan ni siapa lagi kalau bukan anak-anak. Sesampai saja di hotel ni, dua beradik tu terus berlari ke arah beranda dan meminta segelas jus epal. Amboi...berangan macam korang kat hawaii ke....


Berehat di beranda dengan menikmati segelas air jus epal


Disebabkan babah yang beria sangat nak datang ke Port Dickson ni maka beliau bermurah hati menyediakan bekalan nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng tepung untuk juadah makan tengahari kami di sini. Sedapnya sampai menjilat jari! Thank you, sayang!

Babah bawak periuk nasi terus..senang nak makan



 
Ayam goreng tepung babah


Bahagianya dapat makan sambal sotong di tengah-tengah laut macam ni...


Tengok la kerenah si kecik tu yang kononya berani berdiri di atas kaca
Selalunya kalau kami datang ke PD ni, hubby akan berehat dulu di bilik selepas kami menikmati makan tengahari. Selepas itu baru kami plan nak ke mana-mana, kalau kami datang hari Sabtu, kami pasti akan menjelajah Pasar Malam yang terdapat di Port Dickson. Apa yang seronoknya di pasar malam tu, banyak lauk pauk dan kuih muih yang sedap-sedap dijual di situ. 


Telatah si kecik yang sangat gembira dapat bercuti...

Si adik dan si kakak....

Kali ni kami bawak pen drive yang penuh dengan cerita Ultraman untuk menarik perhatian si kecik

Nampak tak Day Bed di sebelah sana tu...semua Deluxe Water Chalet dilengkapi dengan Day Bed tu..

Apa lah yang dibualkan oleh si kecik tu..


Si adik memang suka mengusik kakak baby...

Amboinya suka Arisha dapat berjalan ke hotel...

Putera dan Puteri Mek Ja

Otak ligat memikirkan apa yang nak dibuat ni...
Keesokan paginya seperti biasa kami akan menikmati sarapan pagi di Coffee House Hotel Lexis ni. Pada pendapat Mek Ja, menu sarapan yang disediakan di coffee house ini antara yang terbaik berbanding hotel-hotel lain di PD tapi tak boleh mengalahkan Hotel Thistle dan Avillion Water Chalet. Di sini terdapat pelbagai menu yang disediakan antaranya ialah menu makanan melayu dan Cina serta menu antarabangsa. Tapi kepada anda yang hendak bermalam di Lexis Water Chalet ini, pastikan anda datang awal ke coffee house ni kerana kalau lambat, samada anda kena tunggu meja kosong ataupun makanan banyak yang sudah habis. Memang la staff di coffee house replenish makanan yang sudah habis tapi mengambil masa yang agak lama. So, pastikan anda datang awal untuk sarapan ya..dari 7 pagi sampai pukul 8 pagi. Kalau lepas daripada waktu tu, tak dapek la den nak nolong!

Antara favourite breakfast Icha, international breakfast

Babah kurang makan sewaktu sarapan...

Icha tengah fikir nak makan apa lagi...

Ni yang pinggan banyak makanan ni of course pinggan Mek Ja

Adik cuma suka makan cereal sahaja....


So, kepada anda yang rasa tension dan stress di tempat kerja, apa kata bawa keluarga anda makan angin di Lexis Water Chalet, Port Dickson hujung minggu ni. Harga bilik yang paling murah di Lexis Water Chalet ini ialah RM400++ dan itupun kalau anda book melalui laman web Lexis Water Chalet, kerana anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah berbanding harga biasa jika book melalui online. Kalau anda lihat di laman web Lexis Water Chalet, harga satu malam untuk Premium Tower Seaview (bilik ini berada di dalam bangunan apartment) ialah RM420 tidak termasuk harga cukai yang dikenakan. Manakala harga Deluxe Water Chalet termasuk sarapan pagi ialah daripada RM513.00 tidak termasuk harga cukai. So, apa lagi..jom bawak keluarga anda bercuti di Lexis Water Chalet, mana tau, kalau nasib kita baik, anda terserempak dengan Mek Ja dan keluarga kerana di sinilah destinasi utama kami untuk percutian yang singkat.



Tuesday, January 6, 2015

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan!

Ha! Siapa pernah dengar lagu tu? Siapa bilang gadis Melayu tak menawan...tak menarik hati, tiada memikat...hehehe! Lagu yang bertajuk Gadis Melayu itu pernah dipopularkan oleh Othman Hamzah pada tahun 80-an dulu. Well, I am not going to ramble about the song but my topic today is..jeng! jeng!jeng! My beautiful sister-in-law. 


My beautiful youngest sister-in-law, Mek Sue
Setiap kali Mek Ja buat blog,mesti salah satu topik yang akan Mek Ja ketengahkan ialah adik ipar Mek Ja yang comel lote ni. Bukannya apa, dia adalah ipar yang paling rapat dengan Mek Ja berbanding adik beradik ipar yang lain. Walaupun jarak umur kami sangat jauh iaitu lebih kurang 7 tahun tapi kami langsung takde masalah untuk berinteraksi. Dia mempunyai hobi yang sama dengan Mek Ja iaitu bersolek, hahaha! Dia suka alat mekap dan Mek Ja pun sangat gila kan alat mekap.  

Lagi satu, setiap kali kami keluar bersama, ramai yang menegur menyangkakan kami berdua ni adik beradik. Malah, rakan sekerja Mek Ja juga ramai terkejut bila Mek Ja jelaskan yang Sue hanyalah adik ipar dan bukannya adik kandung. She is gorgeous? Of course! She looks exactly like her mum when she was young. Not only that, one of my elder sister-in-law is also pretty. Langsung tak nampak wajahnya dimamah usia, awet muda! And...my husband..why did I choose him as my husband? Of course because he was an attractive young man..and actually still good looking until today, yummy! Hahahaha!


Monday, January 5, 2015

I love Phone Apps so much!

I've been passionate about hobbies my whole life. I used to love drawing but now it is no longer a hobby for me as I don’t have time to draw. Currently, I love reading, social network, surfing internet selfies and now, playing with some phone apps. Some of these skills have proven useful in my career, and some are just for me to enjoy. Today we're gonna talk about my love towards smartphones applications . The ones that make my life feel better and help me decompress at the end of a long day are photo apps.


There are all sorts of apps available for smartphones to edit pictures that you take, either group picture or selfies. My favourite apps are PS Express, Camera360, MeituPic, InstaEditor, Snapseed, Darkroom and a few more apps. 

Here are some of pictures that were edited using one of those apps....






Friday, January 2, 2015

Makanan ala Korea moden di BBQ Chicken

Ada sesiapa suka makanan Korea moden tak? Hehehe! Siapa suka angkat tangan! Siapa suka maknanya boleh geng dengan kita lah! Hehehe!

By the way, entri hari ni nak menceritakan kisah kita bertandang ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan Korea modern di Shah Alam. Nama tempat tu BBQ Chicken. Sebenarnya restoran ni dimiliki oleh orang Arab tapi dia bukak restoran berkonsepkan makanan Korea modern. Restoran BBQ Chicken ni terletak di One City Shopping Mall di USJ. Terletak bersebelahan dengan Putra Heights, Shah Alam tu. Shopping mall ni kira baru jugak lah dan tak banyak restoran halal dalam tu. Tempat shopping pun tak banyak..kalau nak makan dan jalan-jalan boleh lah, tapi kalau nak shopping memang kurang sesuwei!
Ayam masak ala Korea..lupa la nama dia apa..agak manis..

Jom intai makanan apa yang kita order masa bawak ma dan abah jalan-jalan di Once City Shopping mall ni...

Sup Cendawan dalam Mangkuk roti yang sangat sedap..
Mashed potato yang sangat berkrim dan lemak-lemak gitu rasanya...
Ini nasi goreng yang my mum order...ok la, not bad kata mama...
Ini my father yang order.....he quite liked it...
Ini adik bongsu ku yang order.....

Spaghetti Bolognaise pilihan adikku, Mok Mah...

Kepada anda yang tak tau kat mana BBQ Chicken ni, alamat dia ada tertera di bawah:-

The Cafe BBQ Chicken 
A-GF-03, Sky Park @ One City,
Jalan USJ 25,
47630 Subang Jaya,
Selangor

Tel: +603 5115 0150

Mon - Sun: 10 am - 10 pm



Thursday, January 1, 2015

Bersantai di Alamanda, Putrajaya di malam hari

Kami jarang ke Putrajaya pada malam hari. Selalunya waktu-waktu malam begini kami hanya akan menikmati makan malam di sekitar Shah Alam atau kawasan yang berdekatan kerana suamiku seorang yang tidak suka memandu jauh di malam hari. Tapi malam ni agak pelik, entah angin apa yang datang menyebabkan suamiku mengajak kami ke Alamanda, Putrajaya malam ini. Namun begitu, kami tidak lah lama di Alamanda kerana seperti biasa, suamiku tidak suka berpeleseran sehingga larut malam, lebih-lebih esok adalah hari bekerja.

Setelah menikmati makan malam di Alamanda, kami berehat di tepi air pancut seketika.