Total Pageviews

Monday, February 16, 2015

Bermalam di Hotel Eastin, PJ

Kami sekeluarga memang banyak hobi. Antara hobi kami ialah bermalam di hotel. Sebenarnya bermalam di hotel ni hobi anak-anak tapi memandangkan babahnya pun dah seronok bermalam di hotel, itu sudah menjadi koleksi hobi babahnya juga. Kadang-kadang bila babahnya tension ke..ada masalah ke..so untuk tenangkan fikiran, dia akan mengajak kami anak-beranak tidur hotel. 

Jumaat lepas, En Hubby ada menyuarakan agar kami bermalam di hotel pada hujung minggu dengan alasan untuk menenangkan fikiran. So, dia mintak lah Mek Ja carikan hotel yang bersesuaian, tak nak jauh sangat dan tak nak dekat sangat. Sebenarnya En Hubby suka bermalam di hotel Port Dickson tapi memandangkan permintaan dia dah last minute dan kebetulan Sabtu lepas merupakan hari Valentine so banyak hotel yang dah fully-booked. So, nak tak nak Mek Ja terpaksa cari hotel yang berdekatan. Anak-anak apa lagi..mereka lagi suka terutama yang sulung tu, sejak dia pandai berenang, asyik lah merengek nak pergi hotel untuk berenang kat swimming pool.

Akhirnya Mek Ja memilih Hotel Eastin di Petaling Jaya sebagai destinasi percutian ringkas kami di hujung minggu. So, petang Jumaat tu Mek Ja tempah Deluxe Room di Hotel Eastin, PJ. Kami tak pernah sampai ke area ni so terpaksa guna GPS, hehehe! 

Sesampai saja di hotel, masing-masing terus bersantai di atas katil King

Keluasan bilik seperti hotel 4 bintang ke atas..biasa saja

Mek Ja paling tak suka toilet takde bidet, nasib baik paip bath tub dekat

Ini bilik mandi..ada bath tub dan standing shower

Icha walaupun kat hotel sibuk dengan handphone dia

Keluasan bilik Deluxe ini ialah lebih kurang 37 meter persegi dan lengkap dengan lampu di sebelah katil, meja tulis, bilik mandi yang besar dilengkapi dengan bath tub dan bilik shower yang berasingan serta Wi-Fi percuma.

Untuk family yang kecil seperti kami, keluasan bilik ini sudah cukup dan bilik sangat bersih dan dijaga rapi.

Setelah beberapa minit berehat, Mek Ja mengajak En Hubby berjalan-jalan di Tropicana City Mall. Ini lah masanya kami ke shopping mall tersebut kerana lokasinya yang agak berdekatan dengan Hotel Eastin ni. Kalau nak harapkan pergi daripada rumah, memang tak lah sebab En Hubby memang tak suka berjalan tempat yang jauh-jauh (bagi dia area PJ dan KL tu sangat jauh).

Kebetulan hari Sabtu lepas adalah hari valentine so mereka jual Kek Rainbow berbentuk love

Kek ini kami beli di Cake Sense di Tropicana City Mall

Kami dah lama nak makan Mont Blanc tapi sayangnya rasa kek yang kami beli di Cake Sense ni kurang sedap

Setelah berjalan-jalan dan menikmati makan tengahari di Tropicana City Mall, kami membeli beberapa jenis makanan untuk dinikmati di hotel dan bergegas pulang kerana Arisha dan Aaron dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. Apa lagi, sesampai di hotel, dua beradik ni terus menyalin pakaian mandi mereka.





Dua beradik ni memang suka mandi di kolam renang
Keesokan paginya, kami sekeluarga turun ke cafe bawah untuk menikmati sarapan. Sarapan yang disediakan pihak hotel memang agak menarik, dengan pelbagai jenis pilihan buffet yang merangkumi makanan antarabangsa dan Asia Tenggara. Tapi rasanya, mereka boleh memperbaiki lagi mutu pilihan menu buffet breakfast mereka. 

Menu pilihan buffet breakfast di Hotel Eastin ini agak memuaskan

Antara makanan yang dipilih Mek Ja untuk sarapan

Icha memang suka bersarapan di hotel


Bagi Mek Ja pilihan menu sarapan tiada masalah tetapi yang kurang cantik di mata Mek Ja ialah para pelayan yang rata-ratanya adalah Bangla..huhuhu..hotel 4 star tapi pelayan-pelayan mereka adalah Bangla. Tak sangka!


Yang ini bukan nak makan, sibuk dengan iPad dia

So, kepada anda semua yang ingin melepaskan lelah kerana penat bekerja tetapi tidak mahu memandu jauh, boleh lah jadikan Hotel Eastin, PJ sebagai destinasi percutian anda di hujung minggu. Jika anda berminat, layari lah www.eastin.com kerana mereka selalu membuat promosi yang menarik. 




LAYAN LAH KULIT ANDA DENGAN LEBIH BAIK



Hiasi wajah anda dengan alat solek mesra alam yang akan membantu anda dan alam persekitaran kelihatan cantik. Lagipun, usaha menghijaukan bumi sentiasa menjadi gaya terkini.

Menggunakan alat kosmetik mesra alam membantu mengurangkan jumlah bahan-bahan kimia toksik yang menyerap dalam kulit anda. Kebanyakan produk-produk alat solek mesra alam juga menggalakkan pembungkusan kitar semula dan dakwat berasaskan soya, yang memberikan petanda baik untuk alam sekitar. Jika anda berhati-hati dengan apa yang anda masukkan dalam perut, berhati-hatilah juga dengan apa yang anda letak di muka anda.

1. Jika anda membeli celak mata, pilih pensil yang disaluti dengan kayu, bukan dengan plastik. Ini membantu mengurangkan sisa. Lagipun, ia terbiodegradasi! (Keupayaan bahan mereput dan diproses kembali menjadi bahan mesra alam) Kajian menunjukkan jika seorang dari 20 orang pengguna celak mata menggunakan pensil bersalut kayu dan bukannya plastik, kita mampu menghentikan penggunaan sehingga 10 ribu paun (4,500kg) plastik.

2. Baca label pada produk kosmetik anda. Ketahui bahan-bahan mana yang mempunyai kandungan kimia yang berbahaya kepada anda dan alam sekitar kerana ia akan membantu anda membuat pilihan. Semak laman web seperti SafeCosmetics.org atau CosmeticDatabase.com untuk melihat senarai lengkap syarikat-syarikat dam jenama yang selamat, dan juga bahan-bahan mesra alam sekitar. Anda boleh mesra alam sekitar dan juga kekal cantik!

3. Pilih maskara yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan mineral berbanding produk-produk petroleum dan elakkan produk yang datang dengan lapik kadbod dan gelembung plastik.

4. Cari gincu dan pengilat bibir yang diperbuat daripada bahan-bahan  yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bukannya daripada sumber-sumber berasaskan petroleum kerana yang kemudian itu merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Jika seorang daripada 5 pengguna gincu menggunakan produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, jumlah penggunaan produk petroleum akan berkurang sebanyak 825 ribu paun (374 ribu kg) setahun.

5. Ia adalah lebih baik untuk membeli bedak asas yang dibungkus dalam bekas kaca yang boleh dikitar semula berbanding dengan tiub plastik atau botol-botol. Jika seorang daripada 20 wanita membuat pilihan sebegini, tenaga tersimpan boleh mengisi 76 liter tangki gas setiap minggu selama 24 tahun!


Sunday, February 15, 2015

MADU MAKANAN WAJIB MENCANTIKKAN WANITA

Tahukan anda yang madu bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malah ia juga mampu meningkatkan tahap kesihatan. Lebih istimewa lagi, madu juga mempunyai khasiat dan manfaat besar untuk kecantikan. Jom baca dengan lebih lanjut lagi untuk mengetahui apa yang madu boleh lakukan untuk anda!

1.       Memberikan Tenaga & Menaikkan Seri Wajah
Amalkan mengambil madu lebah sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil lah madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun dari tidur. Cara yang paling digalakkan ialah tuang sesudu madu di atas tapak tangan kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Jangan lupa mulakan dengan kalimah Bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan. InsyaAllah! Ia akan berhasil.

2.      Melindungi dan Melembapkan Kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangktan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah seperti jerawat. Selain itu, anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada, memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembab.

3.       Mengurangkan Tanda-Tanda Penuaan
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, carannya mudah, campurkan 1 sudu teh lemon dan madu, sukatan sama rata, kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan kapas muka.

4.      Meremajakan Kulit
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembab dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi yang terdapat di dalam madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda.

5.       Membersih secara semulajadi
Andakah anda tahu, madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembab.

6.      Mengatasi jerawat
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit licin dan sihat. Caranya mudah sahaja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang.

7.       Mencerahkan
Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberikan ketenangan . Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambit merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata.

8.      Atasi Rambut Gugur
Bagi anda yang mengalami masalah rambut gugur, usah susah hati. Campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul hingga sebati, kemudian sapu pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih, rambut akan menjadi sihat dan kuat.

9.      Suburkan Rambut
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih.

10.   Bibir merah semulajadi
Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam.


Extracted from TIP CANTIK, MINGGUAN WANITA



Saturday, February 14, 2015

Stesen Petronas Agih Minuman Percuma

Kepada mereka yang bercadang untuk pulang ke kampung atau memandu ke tempat percutian yang jauh, jangan lupa singgah di mana-mana stesen Petronas untuk menyegarkan diri dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memulakan kempen “Petronas Coffee Break” iaitu program pengagihan  150,000 pek percuma mengandungi minuman dan snek kepada pelanggannya di 39 stesen minyak seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak semalam  dan  hari ini bagi fasa pertama dan fasa kedua dari 21 hingga 22 Februari 2015.

Kempen “Petronas Coffee Break” membolehkan para pelanggan Petronas menikmati sebotol minuman Wonda Premium Mocha Coffee, snek dan paket ‘ang pow’ Tahun Baru Cina secara percuma.


So, siapa-siapa yang nak kopi free dan angpow, jangan lupa singgah ke stesen petronas yang anda jumpa nanti. Minggu ni dah habis Fasa pertama, so tunggu la fasa kedua pulak pada 21 hingga 22 Februari 2015!

Gambar dari Utusan

Thursday, February 12, 2015

Tempat yang penuh nostalgia sampai nak menitis air mata

Hampir menitis air mata bila Mek Ja menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Seksyen 8, Shah Alam ini. Setelah 18 tahun meninggalkan tempat ini, Mek Ja tak sangka yang hari ini akan datang lagi ke sini. Nak tau kenapa Mek Ja rasa sayu dan sedih sangat bila datang sini?







Banyak betul pengalaman manis dan pahit Mek Ja alami sewaktu berada di sini 18 tahun dahulu. Di sini lah Mek Ja tinggal sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara dulu. Dan di sini lah rumah sewa pertama Mek Ja duduk sewaktu belajar di UiTM. Antara kenangan pahit dan manis yang Mek Ja alami sewaktu berada di sini ialah.......di sini lah Mek Ja sewa bilik dengan kawan baik yang sangat Mek Ja sayangi bernama Ida atau nama penuhnya Faridah Hanum binti Isa. Banyak betul kenangan manis dengan dia sewaktu di sini. Masa tu kami sewa bersama dengan kakak-kakak yang sangat baik hati dan cantik-cantik, mereka ialah Nana, Kak Wani, Kak Zura dan Kak Hai. Dan sewaktu di sini jugalah Mek Ja putuskan hubungan dengan boyfriend Mek Ja yang sekarangnya dah jadi suami hehehe...bukan itu saja, di sini juga lah Mek Ja berpisah dengan kawan baik Mek Ja, iaitu Ida akibat salah faham. Perpisahan itu merupakan sesuatu yang sangat Mek Ja kesali sampai hari ini. Kenapa lah Mek Ja ni bodoh sangat masa tu..bodoh sangat melayan ego sampai tinggalkan kawan baik yang tersangat baik dan cari rumah sewa lain. Sejak itu hubungan kami renggang sampai lah kami berkahwin..huhuhuhu..nak menitis air mata bila ingat kisah yang menyayat hati itu..

Tapi hari ini, Mek Ja datang lagi ke sini bersama kakak sulung dan adik bongsu Mek Ja untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Restoran Soto Shah Alam. Kalau anda semua nak tahu, restoran ini terletak di bawah bilik sewa Mek Ja dulu.  Kalau sesiapa nak makan nasi campur dengan pilihan lebih dari 100 jenis lauk, jom datang ke restoran ini dengan kaum keluarga atau rakan-rakan sepejabat. Diaorang bukan saja menjual nasi bersama pelbagai lauk pauk yang sedap-sedap belaka tetapi juga kuih muih Melayu.

Antara favourite menu Mek Ja kat sini ialah sotong goreng tepung...huhuhu..sedapnya sotong goreng tepung dia.

Ini lauk yang Mek Ja ambik, sotong goreng tepung, ayam masak kurma dan kerabu jantung


Kakak sulung Mek Ja iaitu Lina juga tak kurang hebatnya, lauk penuh dalam pinggan sampai tak nampak nasi huhuhuhu....ingat ke Mek Ja yang kuat makan lauk, tapi dia lagi teruk..hahahaha!

Nampak ni pinggan kak Lina? Hahahaha! Lagi banyak lauk dia dari pinggan Mek Ja...


Ini pinggan adik Mek Ja yang bongsu iaitu Iman, ketam lembut goreng pedas dan cendawan goreng...
Kepada sesiapa yang datang sini dan bercadang nak ambik lauk yang banyak, jangan lupa bawak duit yang banyak juga ya kerana harga makanan di sini agak mahal berbanding restoran nasi campur yang lain. Tapi berbaloi kerana lauk-pauk yang dihidangkan sedap-sedap belaka...

P/S: Dengar kata, Fafau pun suka bawak family dia makan kat sini..kalau anda bertuah dapat jumpa dia dan keluarganya...

Okay, kepada anda yang nak datang ke sini tapi tak tau di mana, Mek Ja ada sertakan alamatnya di bawah. Selamat menjamu selera di sini!

Restoran Soto Shah Alam
No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 
40000 Shah Alam, Selangor 
Tel: 03-5512 3489

Tuesday, February 10, 2015

CANTIK DI SEPANJANG USIA

Jika anda tidak bersedia untuk kelihatan tua bila usia meningkat, belajar lah untuk menentang tanda-tanda penuaan dan cegahlah serangan garisan halus, kedutan dan kekenduran kulit. 

Penuaan kulit berlaku apabila sokongan utama struktur kulit iaitu kolagen dan elastin mula merosot. Apabila kadar sel pembaharuan kulit berkurang, pengeluaran minyak dan kemampuan untuk mengekang air mula menyusut dan kulit akan menjadi kendur, jatuh dan menjadi kering serta berkedut.

Pada usia 30-an
Kulit anda akan menjadi kering dan menjadi lebih sensitif akibat daripada kerosakan kolagen. Tekanan, menghisap rokok dan kekurangan penghidratan akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Anda akan mula perasan beberapa garis halus dan kedutan muncul, terutama sekali di sekeliling mata dan bahagian mulut. Kulit di leher anda akan mula kendur apabila anda berada di akhir umur 20-an dan awal 30-an.

Apa yang anda boleh buat:

  •  Elakkan berada di bawah penghawa dingin dengan lama kerana ia akan mengeringkan kulit anda.
  • Jangan skip membuat facial setiap bulan untuk mengekalkan keremajaan kulit.
  • Tambah antioksidan di dalam badan anda seperti teh hijau atau Vitamin C untuk melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Jangan tinggalkan krim malam atau serum yang mengandungi retinol sebelum anda tidur 


Pada usia 40-an
Tompok matahari (sun spots) dan liang roma akan mula kelihatan  menandakan kulit kita sudah kehilangan kolagen dan keanjalan akan mula meninggalkan kulit kita dan menjadikan ia kelihatan kurang tegang seperti dahulu. Kulit akan menjadi kering dan pudar kerana ia kehilangan kelembapan untuk menentang cahaya dengan rata.

Apa yang anda boleh buat:

  • Kerap gunakan krim pelembab setiap pagi dan malam.
  • Dapatkan tidur yang cukup untuk membantu kulit kita dibaiki secara semulajadi.
  • Guna antioxidants yang berlainan secara bergilir-gilir untuk kesan yang lebih baik.
  • Krim atau serum Retinol yang dipreskripsi oleh doktor atau pakar kulit akan membantu mengurangkan bintik-bintik cokelat atau pigmentasi, penggelupasan dan mengelakkan tanda-tanda kanser kulit akibat matahari.

Pada usia 50-an
Kurangnya pengeluaran oestrogen yang bermakna kulit akan menjadi mudah rosak dan sangat-sangat kering. Keretakan kulit akan mula muncul bersama dengan tanda-tanda penuaan. Kehilangan lemak di dalam bahagian muka anda akan menyebabkan kulit menjadi kendur. Kaki kamu akan mula muncul Spider Veins dan tanda-tanda penuaan di muka akibat daripada kerosakan kerana cahaya matahari. Menopause akan memberikan pelbagai masalah kulit termasuklah kekeringan yang melampau dan jerawat kasar.

Apa yang anda boleh buat:

  • Laburlah dalam pembelian produk penjagaan kulit yang mempunyai kuasa yang kuat seperti krim pelembab malam extra hydrating dan serum anti penuaan dengan peptides.
  • Pakai pelindung cahaya matahari setiap hari.
  • Pakailah hydrating masks yang dibuat sendiri setiap minggu untuk menangani kehilangan pelembab.



 







Sunday, February 8, 2015

Koleksi restoran Jepun kesukaan Icha - Haikara Style Cafe & Bakery

"Mama, nak pergi Haikara!" Mama nak pergi Haikara!" "Mama, nak pergi Haikara!" Adoi!! Sampai naik rimas mama dibuatnya. Memang umur Icha hampir menjangkau 11 tahun (Bulan 7 ni baru dia cukup 11 tahun) tapi perangai dia macam budak-budak umur 5 tahun. Adik dia pun tak merengek macam tu kalau nak apa-apa, mintak sekali pun dah cukup. Tapi si Icha ni, kalau dia nak apa-apa dia akan merengek lebih dari 40 kali sehari. Sampai rasa macam nak cubit je pipi dia sebab geram dengan telatah dia yang mengada-ngada tu.

Memandangkan anak dara tu dari minggu lepas lagi merengek nak pergi ke restoran Jepun kesukaan dia tu, maka Mek Ja pun pujuk lah  En Hubby untuk makan tengahari di Haikara-Style Cafe & Bakery hari ni. Mula-mula En Hubby enggan menurut permintaan si Icha tapi setelah dipujuk, akhirnya dia mengalah. 

Restoran Haikara-Style ni dimiliki oleh pasangan Jepun  yang sudah lama menetap di Malaysia. Malah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu dimasak sendiri oleh isterinya yang merupakan Chef merangkap boss restoran itu. Apa yang membuatkan Icha suka dengan restoran ini kerana makanannya yang dimasak sendiri oleh orang Jepun. Icha paling pantang kalau makanan Jepun dimasak oleh orang lain selain dari orang Jepun. Restoran ini juga mempunyai sijil halal dan mereka juga tidak menjual sebarang makanan berasaskan alkohol ataupun minuman keras di sini.




Restoran ini sering dikunjungi para expat yang tinggal berdekatan


Terdapat pelbagai jenis barangan hiasan dari Jepun di kaunter membuat minuman

Di sini juga terdapat pelbagai jenis roti yang dibuat sendiri oleh Chef dari Jepun itu

Adik paling suka kek cokelat, pantang nampak mesti nak order...

Ini adalah kek kesukaan Icha kalau datang ke sini, Strawberry Rolls
 Apa yang istimewanya mengenai restoran ini ialah menu yang dihidangkan berbeza dengan restoran Jepun yang lain. Menu yang dihidangkan di restoran ini adalah menu makanan Jepun moden seperti nasi dan kari. Percaya atau tidak, kari merupakan salah satu makanan yang paling popular di Jepun. Selalunya mereka akan menghidangkan kari ini bersama nasi dan dimakan dengan acar mereka sendiri. Bagi orang Jepun, kari merupakan makanan yang mampu menenangkan hati dan perasaan mereka ketika dilanda masalah.

Namun begitu, kari yang dimasak oleh orang Jepun agak berbeza berbanding kari yang dimasak oleh rakyat Malaysia atau India. Macam kita menggunakan rempah kari dan santan tetapi mereka menggunakan Instant Curry Roux dalam masakan kari mereka. Roux adalah campuran tepung dan minyak yang berfungsi sebagai bahan pengental masakan seperti sup dan sos barat. Sayuran-sayuran yang digunakan untuk memasak kari jepun selalunya ialah lobak, bawang besar dan seleri dan mereka juga menggunakan susu dan jus epal di dalam masakan kari mereka. Rasa kari jepun adalah seakan-akan rasa stew kerana rasanya agak manis. 

Icha memesan kari ayam katsu bersama nasi jepun

Ini Chicken Katsu Curry Icha...

Mek Ja dan En Hubby memesan kari bersama beef hamburger

Hamburgernya diletakkan sekeping keju

Hmm..setelah menikmati kari hamburger ini, Mek Ja rasa..ini lah kali pertama & terakhir Mek Ja makan benda ni, bagi Mek Ja, Hamburger hanya patut dimakan dengan roti sahaja...bukan dengan nasi dan kari...huhuhuuhu! 

Selain daripada nasi bersama kari katsu dan kari hamburger ni, Restoran Haikara ini juga ada menjual pelbagai menu lain seperti roti dan pastry yang dibuat sendiri oleh Chef Jepun tersebut. Malah menurut Chef yang cantik tu, roti dan pastry yang dibuat sendiri itu tidak menggunakan sebarang preservative atau softener serta bahan-bahan tambahan lain dan selamat dimakan oleh bayi. Tapi, memang roti yang dijual di sini sangat sedap dan gebu malah lebih sedap dan lembut berbanding yang dijual di bakeri Giant atau AEON Big atau Tesco. Harganya pun agak murah iaitu RM3.50 ke atas.




Kalau anda tak berani untuk mencuba Chicken Katsu or hamburger curry, anda juga boleh order mi Jepun seperti udon dan juga spaghetti serta pasta. 



Ok, kepada anda yang ingin mencuba makanan moden Jepun yang dimasak sendiri oleh Chef berasal dari Jepun ini, jangan segan silu untuk datang ke restoran Haikara-Style Cafe & Bakery yang terletak di Subang Jaya. Tak susah nak cari restoran ni sebab di depan restoran ni ada ditanam pokok buluh Jepun. Memang rasa macam berada di Jepun ketika melangkah masuk ke kawasan ini.


Masih lagi tak dapat nak agak kat mana restoran ni berada? Ok lah, Mek Ja sedekah kan alamat dia kat bawah. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Mereka tutup pada pukul 11 malam dan mengambil last order pada pukul 10:30 malam pada hari biasa tetapi pada hari Ahad, mereka tutup pukul 6 petang.

Haikara-Style Cafe & Bakery
E-Tiara Ground Floor,
Jalan Kemajuan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor  
(Bersebelahan dengan AEON Big, Subang Jaya)



Tuesday, February 3, 2015

Capai Keseimbangan Hidup

Kadangkala, mencapai keseimbangan hidup terutamanya mengimbangi tuntutan kerja dengan seluruh kehidupan kita merupakan sesuatu yang mencabar. Tetapi jangan fikir diri kita seorang saja yang mengalami masalah berikut. Di bawah ini adalah empat cara untuk menambah keseimbangan di dalam kehidupan seharian kita:-

1. Rancang masa terluang untuk keluarga dan rakan-rakan dalam minggu ini. Pastikan kita bergembira dalam masa yang telah ditetapkan itu. Bagi mereka yang sudah berkeluarga atau berpasangan, tetapkan satu hari dalam seminggu untuk bersama pasangan anda, kali ini tanpa anak-anak.


2. Sentiasa fokus di tempat kerja supaya anda dapat melakukan kerja dengan lebih pantas, dan membolehkan anda pulang ke rumah dengan lebih awal dan fokus kepada perkara lain pula selain kerja di pejabat.  Untuk fokus dalam melakukan kerja-kerja di pejabat, anda harus lah bijak mengelakkan gangguan di tempat kerja seperti melayari laman web yang tiada kena mengena dengan kerja anda, mengintai laman rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Pinterest dan Twitter atau membuat panggilan peribadi hanya sekadar untuk berbual kosong.


3. Ha! Yang ini agak sukar sikit kan? Luangkan masa untuk menjaga kesihatan dan melakukan senaman. Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh meningkatkan lagi tumpuan kita dan tahap tenaga di dalam tubuh kita. Apa kata anda cuba berlari-lari di atas treadmill di gym atau berlari-lari anak di tasik ataupun kawasan rumah anda. Anda pasti akan berasa tenang dan kurang tertekan.



4. Cari perkhidmatan untuk membantu anda menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja seharian anda seperti menyewa pengasuh untuk menjaga anak-anak di hujung minggu , mencari cleaner untuk membersihkan rumah anda pada hujung minggu atau membeli barangan runcit dari rumah melalui online shopping. Walaupun perbelanjaan anda meningkat tetapi fikirkan tentang manfaat fizikal, mental dan rohani jika anda mempunyai masa yang lebih untuk anda!




Jom join Mek Ja pergi gym! 

Saturday, January 31, 2015

Caffe Bene di Gamuda Walk

Yes! Kami sangat suka kan dessert..especially mama dan Icha. So, kalau kami rasa nak makan dessert, Mek Ja akan buat research kat mana ada jual dessert yang sedap. Kali ini kami terserempak dengan Caffe Bene ini ketika kami berjalan-jalan di Gamuda Walk, Kota Kemuning, Shah Alam.
Sebenarnya, kami dah pernah berkunjung ke Caffe Bene ini sewaktu kami ke Seoul, Korea pada Januari 2013 so bila nampak je Caffe Bene ni kat Malaysia, rasa macam teruja sikit.

Icha tersenyum lebar dapat makan di cafe yang sama dengan cafe kami pergi sewaktu di Korea dulu

Mek Ja dan Triple Cheese Fondue


Icha with her Caramel Banana Waffle

Indulge yourself with their special Triple Cheese Fondue, Soft layered pastry bread topped with hot melting cheese, cheese sauce and surround with delicious creamy cheese fondue. 

The most delicious Liege Waffle with Caramel Banana Cream Topping, RM14.00
Caffe Bene ni sebenarnya famous dengan Belian Liege Waffles yang original dimana resipi yang telah digunakan datang dari Eropah. Kalau anda tak tau apa nak order ketika pertama kali datang ke cafe ini, apa kata anda cuba Liege Waffle with Caramel Banana Cream topping. Waffle ini rangup di luar dan sangat moist di dalam dan rasanya pula tidak terlalu manis. Penuh dengan potongan pisang, walnut dan whipped cream yang tinggi menggunung, waffle ini sangat sedap terutama bila dia letak chocolate sauce drizzling di atas whipped cream tu..lagi sedap dibuatnya.

 

Icha dan En Hubby

Sama tak wajah mereka berdua?
Wajah-wajah kesayangan beta....

Nampaknya sekarang pengaruh Korea semakin berkembang pesat di Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia sudah ramai yang gilakan drama Korea dan KPop, malahan makanan yang famous di Korea juga menjadi pilihan rakyat di Malaysia (terutama Mek Ja..hahaha!). Dan Caffe Bene ini juga merupakan cafe pilihan Mek Ja sebab hero pujaan Mek Ja iaitu Kim Soo Hyun merupakan wajah utama yang endorse coffee shop berasal dari Korea ini. Tak kenal siapa Kim Soo Hyun? Ha..tengok kat bawah ni siapa Kim Soo Hyun tu..

Ha! Ini lah dia Kim Soo Hyun..hehehe! Handsome tak?
Outlet Caffe Bene yang Mek Ja pergi ni terletak di Gamuda Walk, bersebelahan dengan pintu masuk. Konsep yang diperkenalkan di sini hampir sama dengan konsep di Korea di mana Caffe Bene menghidangkan kopi yang diperbuat daripada biji kopi segar dan bermutu tinggi. Di sini mereka mengamalkan konsep order dan bayar dulu di kaunter di mana para pelanggan boleh memilih menu kegemaran mereka yang dipaparkan di dinding atau di kaunter.

Apa yang menariknya di Caffe Bene ini, setelah para pelanggan memesan makanan dan minuman mereka, mereka akan diberikan err..Mek Ja panggil piring UFO untuk menunggu makanan siap. Piring UFO itu akan menyala dan bergegar jika makanan yang dipesan sudah siap dan kita boleh mengambil makanan dan minuman itu di kaunter. Konsepnya sama dengan cafe-cafe dessert di Korea, kerana Mek Ja masih ingat, even nak order fruit juice dan sandwich pun, Mek Ja akan diberi piring UFO ini sementara menunggu jus itu siap, dan bila pesanan dah siap, piring UFO itu akan menyala dan bergegar, menandakan Mek Ja boleh mengambil pesanan tersebut di kaunter. Canggih kan?
 
Ini lah dia Piring UFO yang Mek Ja cakapkan tadi

Di samping alat canggih yang Mek Ja gelarkan piring UFO tu, hiasan cafe ini juga menarik perhatian Mek Ja. Dekorasi ala cottage kontemporari seperti dinding yang berbatu-bata, perabot kayu yang cute dan persekitaran seumpama berada di zaman English dahulu kala sangat awesome! Buat kita rasa nak duduk lagi lama kat situ. Di Caffe Bene ini juga mereka ada pelbagai jenis Ice Blended coffee dan aiskrim, bukan sahaja waffle dan roti.

Selain daripada waffle, roti, ice cream dan ice-blended coffee, kat Caffe Bene ni ada juga dijual sesuatu yang unik dan istimewa berbanding cafe lain di Malaysia iaitu dessert yang diberi nama Bingsu. Bingsu ni ialah ais parut yang macam air batu campur tapi mempunyai pelbagai flavour seperti Strawberry, Teh hijau, biskut dan krim. Tapi yang ni Mek Ja belum cuba dan mungkin akan cuba di masa akan datang. Harga Bingsu ini ialah RM18.80.

Kepada anda yang belum pernah merasai dessert berasal dari Korea ini, apa kata anda bawak family jalan-jalan ke Sunway Pyramid atau pun Gamuda Walk, Kota Kemuning, Shah Alam untuk mencuba. Jom ke Caffe Bene!


 



Friday, January 30, 2015

Pengalaman pahit di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam

Mek Ja memang particular bab-bab makanan. Lagilah kalau harga yang dikenakan tidak setimpal dengan rasa makanan yang dihidangkan. Kalau harga mahal tapi makanan yang dihidangkan sedap dan memuaskan hati, Mek Ja tak kisah! Tapi kalau makanan yang dihidangkan kurang sedap tapi harga yang dikenakan agak mahal, memang lah Mek Ja sangat angin! 

Ok, entri hari ini adalah mengenai makanan yang Mek Ja order di Secret Recipe, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam. Semua orang pernah dengar Secret Recipe kan? Makanan di Secret Recipe selalunya sedap terutama kek dan menu-menu dessert mereka. Tetapi...huhuhu...makanan yang dihidangkan di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil Shah Alam ini sangat tidak memuaskan hati. Ok, jom tengok gambar Vietnamese Beef Noodle Soup yang diambil dari laman web rasmi Secret Recipe.



Selalunya Mek Ja makan Vietnamese Beef Noodle Soup ni di outlet SACC Mall dan memang menepati citarasa, rasanya yang sedap dan daging yang empuk membuatkan menu ini menjadi salah satu menu kegemaran Mek Ja. Malah makanan yang dihidangkan di cawangan SACC Mall sama seperti dalam gambar yang terdapat di laman web mereka. Tetapi, entah kenapa malang betul nasib Mek Ja hari ini...apabila Mek Ja memesan menu ini di cawangan Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam, ini yang Mek Ja dapat.




Dagingnya sangat hanyir


Sudah lah hanya beberapa ketul daging saja yang diletakkan di dalam hidangan yang Mek Ja order ni, tapi yang paling mengecewakan adalah rasa daging yang hanyir, macam nak muntah Mek Ja makan. Ok, Mek Ja tak berapa kisah kalau daging tu sikit tapi rasa kuah dan dagingnya yang hanyir tu membuatkan Mek Ja rasa geram dan sakit hati yang amat sangat. Mek Ja tak pernah makan Vietnamese Beef Noodle Soup yang hanyir macam ni, di mana-mana cawangan Secret Recipe. Dah la Mek Ja ni jenis fobia, apa lagi..terus fobia nak order menu ni lagi dan Mek Ja dah blacklist nak Secret Recipe Dataran Otomobil tu. 


Cawangan Secret Recipe di sini merupakan cawangan kedua yang telah Mek Ja blacklist, yang pertama di AEON Jusco, Bukit Tinggi Klang kerana Mek Ja telah terkena keracunan makanan selama seminggu selepas makan Cheese Brownies yang dibeli di situ. Keracunan makanan tu bukan biasa-biasa tapi Mek Ja muntah-muntah dan ceret beret sehingga hampir dimasukkan di hospital.

Alamak..sayang betul, Mek Ja suka sangat Vietnamese Beef Noodle Soup ni tapi sebab pengalaman pahit ni, Mek Ja dah tak berani nak order menu ni lagi di mana-mana cawangan Secret Recipe. Huhuhu...sedihnya....