Pertama: Sentiasa kunci pintu dan tingkap rumah anda
Pastikan anda kunci pintu rumah anda dengan mangga dan
selak pintu sentiasa diselak ketika anda berada di rumah. Kalau anda boleh pasang
alarm di rumah anda lagi bagus. Sekarang
banyak dijual di internet alarm yang murah-murah dan senang dipasang di pintu
dan tingkap. Pastikan juga langsir pintu dan tingkap ditutup agar keadaan di
dalam rumah anda tidak dapat dilihat dari luar. Jika ada pencuri ataupun
penjenayah mahu mencari mangsa, mereka akan survey dulu dengan berjalan di luar
rumah dan jika mereka dapat tahu anda keseorangan dan tiada lelaki di rumah
maka ia memudahkan mereka cuba memecah masuk rumah anda.
Kedua: Sorok semua barang-barang berharga.
Meninggalkan beg duit anda atau barang-barang kemas di
ruang tamu sehingga dapat dilihat oleh orang luar mungkin menarik minat
penjenayah memecah masuk rumah anda.
Jika anda hendak masuk tidur, pastikan handphone, beg tangan dan laptop
di bawa bersama ke dalam bilik dan kunci pintu bilik tidur anda sebelum tidur.
Dan jika anda hendak keluar rumah, sorok lah barang-barang berharga anda dan
jangan letakkan di ruang tamu atau di atas meja.
Ketiga: Simpan nombor emergency dalam speed dial atau
nombor favourite anda dalam phone.
Ini akan membolehkan anda menekannya dengan cepat jika
ada penceroboh di dalam rumah anda. Jika ragu-ragu, hubungi pihak polis dan
keluar dari rumah dengan cepat jika anda nampak ada bayang-bayang di dalam
rumah.
Keempat: Jangan anggap anda selamat walaupun kawasan
rumah anda mempunyai pengawal keselamatan.
Jangan lupa kunci pintu rumah dan grill serta pintu pagar
walaupun kawasan anda mempunyai pengawal keselamatan. Walaupun semasa anda
tidur, anda mesti mengunci pintu bilik tidur anda untuk mengelakkan para
penceroboh dapat masuk ke bilik anda dengan mudah. Yang tinggal di apartment
ataupun rumah dua tingkat yang mempunyai balkoni, jangan ambil mudah dengan
menganggap penjenayah tidak dapat memanjat balkoni. Kunci pintu sliding door
ataupun pintu di balkoni rumah anda setiap masa walaupun semasa anda berada di
rumah.
Kelima: Jangan tinggal kunci rumah anda di dalam pasu di
luar rumah atau lapik kaki jika ada keluarga atau adik beradik mahu ke rumah
jika anda tiada.
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. Zaman dulu
takpe la buat macam tu sebab zaman dulu tak ramai penjenayah macam sekarang.
Dulu, kita boleh la letak kunci dalam kasut atau dalam pasu di luar rumah.
Tapi, kalau sekarang buat macam tu, senang lah penjenayah nak masuk ke dalam
rumah. So, untuk menyelesaikan masalah, anda boleh lah bagi kunci spare pada
adik beradik atau ibubapa untuk menyenangkan mereka datang ke rumah anda bila
perlu. Manakala kunci kereta pula, adalah lebih selamat anda letak berdekatan
anda jika anda mahu tidur kerana, jika ada penceroboh masuk ke dalam rumah,
anda boleh membunyikan alarm kereta untuk menarik perhatian jiran-jiran anda
dan menakutkan penceroboh.
Keenam: Elakkan berdepan dengan penjenayah jika dia masuk
ke dalam rumah anda.
Tak payah tunjukkan keberanian anda kalau anda bukan
juara Taek-Won-Do Malaysia atau Cucu Bruce Lee atau ada super power macam
Cyborg Girl, nyawa kita ada satu je...ini bukan dalam filem. So, kalau anda
dapati rumah anda dicerobohi, pastikan bilik tidur anda dikunci (jika anda di
bilik tidur) atau jika anda di dapur, cepat2 ambil anak anda dan keluar dari
pintu dapur ke rumah jiran. Jika anda tidak boleh keluar rumah, cepat-cepat
hubungi polis dan juga jiran sebelah agar mereka dapat membantu. Saya juga
cadangkan anda install apps MyDistress di dalam smartphone anda supaya anda
boleh menghubungi polis dengan cepat menggunakan apps ini. Malangnya apps ini
hanya boleh digunakan oleh mereka yang berada di Lembah Klang buat masa ini.
Ketujuh: Edit Facebook content anda
Ramai daripada anda di luar sana yang check-in di dalam
Facebook atau memberitahu yang anda keseorangan di rumah, malah ada yang
berkongsi alamat rumah di Facebook anda. Sayang, tak salah kalau anda nak
check-in di dalam Facebook tapi make sure, status itu hanya dilihat oleh
keluarga dan sahabat-sahabat yang anda kenal, bukan secara public. Dan, kalau
anda nak memberitahu anda keseorangan di rumah, pastikan status itu hanya
dikongsi dengan saudara, keluarga dan rakan-rakan terdekat yang anda percayai.
Bahaya ada di mana-mana sekarang dan jangan kongsi sebarang status personal
dengan satu dunia atau secara public. Kita sentiasa diintai....