Total Pageviews

Tuesday, April 9, 2013

I love Vietnam food!

Tahukah anda di mana makanan Vietnam yang paling sedap di Shah Alam? Sudah tentu di Restoran Asiari, SACC Mall!  Restoran ni merupakan restoran kegemaran kami anak beranak, daripada yang tua sampai lah yang muda, si kecik kami, Aaron. Lagi satu,kalau kami keluar dan tak tau nak makan apa,di sini lah tempat yang dituju.
Makanan favourite kami kalau datang ke restoran ini ialah Beef Stir Fry yang dihidangkan bersama nasi, keropok goreng, salad berupa acar dan telur mata kerbau.






Di Asiari mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan ala Vietnam, daripada nasi sehinggalah ke mi. Tapi memandangkan menu favourite kami ialah beef stir fry ni maka ini lah yang akan kami order kalau kami ke sini. Gabungan sayur-sayuran dan keempukan daging lembu yang diperap bersama dengan black pepper itu menjadikan ia sebagai the best beef stir fry di Shah Alam.

Makanan yang dihidangkan di sini agak memuaskan kerana portion yang dihidangkan agak banyak berbanding restoran lain dan restoran ini juga sangat bersih dan nyaman. Kalau anda teringin nak makan makanan Vietnam, jangan lupa datang ke Asiari yang terletak di luar bangunan SACC Mall bersebelahan dengan Secret Recipe. Harga yang dikenakan mereka adalah berpatutan,malah harga untuk Beef Stir Fry ini ialah RM10.90 sepinggan. Jangan lupa juga untuk order Fresh Orange di sini, rasanya sangat sedap kerana berbeza dengan fresh orange lain, Asiari mencampurkan asam boi di dalam segelas Fresh Orange yang anda order..sedapnya!

Seriously, the beef stir fry here is amazing! 

Kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke sini, alamatnya ada tertera di bawah:-

The Asiari Restaurant
Sacc Mall, 3f-02, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam
03-5519 6126

Jom ber Asiari!










No comments:

Post a Comment