Total Pageviews

Friday, September 27, 2013

The Best Red Velvet in Malaysia

Hari ni Mek Ja nak berbicara mengenai Kek pulak. Tau tak yang Mek Ja ni jenis seorang manusia yang cepat fobia? Eh! Eh! Apa kena mengena pulak Kek dengan Fobia ni kan? Hehehe! Sabar dulu...dengar dulu cerita Mek Ja ni. Mek Ja memang suka makan kek tapi sangat cerewet. Kalau kek yang dimakan Mek Ja tu rasanya sangat tidak sedap, maka Mek Ja akan jadi fobia dan tak berani utk menjamahnya lagi di lain kali walaupun dibuat oleh orang lain.

Dalam banyak-banyak kek di Malaysia ni, Mek Ja sangat takut nak makan kek Red Velvet. Sebabnya? Aduhai..nak makan kek pun takut ke? Puncanya adalah kerana pertama kali Mek Ja menjamah kek Red Velvet ni, rasanya sangat tidak sedap. Kek Red Velvet berupa muffin itu sangat keras dan rasanya pahit. Lepas tu, tak lama kemudian, salah seorang dari rakan sekerja Mek Ja ada bawak kek Red Velvet ke tempat kerja, bila Mek Ja masukkan je secebis kek itu ke dalam mulut, ya Allah! Tak sedapnya alahai....kalau macam ni la rasanya kek Red Velvet, tak rasa pun takpe lah. Sejak dari itu, Mek Ja serik nak makan kek Red Velvet ni.

Tetapi.... Ha!...ada tetapi jugak tu. Ketika Mek Ja singgah ke Secret Recipe bersama seorang kawan sepejabat untuk lunch, ternampak la pulak Secret Recipe memperkenalkan kek Red Velvet di dalam rangkaian kek-kek yang dijualnya. Kek Red Velvet yang dijual oleh Secret Recipe nampak agak menggiurkan dengan cheese creamnya yang berkilat dan keknya nampak moist je. Tiba-tiba je Mek Ja rasa macam nak memecahkan tembok fobia kepada Red Velvet ni hari tu. Dan-dan waktu tu juga Mek Ja order sepotong kek Red Velvet untuk makan tengahari. Tak disangka-sangka......kek Red Velvet dari Secret Recipe ni tersangat lah sedapnya dengan rasa cheese creamnya yang berkrim dan berlemak. Keknya pulak tersangatlah moist. Dan...pada waktu itu juga, Mek Ja telah memecahkan tembok FOBIA kepada Kek Red Velvet dan buat kali pertama juga, Mek Ja telah jatuh cinta pada Kek Red Velvet..yang pasti, cintaku hanya pada Red Velvet Secret Recipe. Sampai sekarang masih belum bertemu lagi kek Red Velvet buatan lain yang sedap sesedap buatan Secret Recipe.

Nampak sedap tak kek Red Velvet ni?

Cheese Creamnya sangat menggiurkan....

No comments:

Post a Comment