Total Pageviews

Monday, January 6, 2014

One of The Best Indian Food in Shah Alam


Kalau nak tau, ini lah makanan India yang paling saya suka di Shah Alam. Makanan sedap tak semestinya di restoran mahal berhawa dingin, malah bawah pokok pun sedap kalau tukang masaknya benar-benar mengambil berat tentang kualiti masakan dan bahan-bahannya.

Kalau anda penggemar makanan India homemade, datang lah ke "Under The Tree" di Seksyen 23, Shah Alam. Tapi jangan expect anda akan duduk di dalam restoran berhawa dingin ataupun kipas angin berpusing-pusing di hadapan anda, kerana kedai ini tidak mempunyai kipas angin apatah lagi penghawa dingin. Hanya angin-angin sepoi bahasa akan menemani anda sewaktu menjamah hidangan (itupun kalau ada angin, kalau tak bersedialah ditemani dengan peluh anda sendiri)...

Ikan tenggiri gorengnya memang "killer!" Jom, rasakan sendiri....