Total Pageviews

Sunday, October 27, 2013

Dave's Deli Sangat Sedap!

Icha's favourite Apple Pie....
This is my favourite, everytime datang sini memang akan order Beef Risolle...
Roasted Chicken Icha..portionnya besar dan rasanya juga sedap..
Kalau anda suka kan makanan barat yang bercitarasakan "Homemade" atau "Taste of the West" tapi bagai berada di rumah, apa kata anda cuba singgah di Dave's Deli, Subang Parade. Apa yang membuatkan saya suka dengan makanan di sini ialah rasanya. Rasanya mengingatkan saya kepada masakan yang dimasak oleh ibu kepada kawan sekolah saya yang beragama Kristian suatu waktu dahulu. Sewaktu saya tinggal di Sabah ketika usia saya menginjak 8 tahun, ada di antara kawan-kawan saya yang beragama kristian dan merayakan hari Krismas. Saya masih ingat lagi, ketika kami beraya di rumah mereka, hidangan yang mereka sediakan untuk para tetamu ialah roasted chicken, chicken or beef risolle/ beef steak dan beraneka jenis salad dan pasta, mashed potatoes dan coleslaw jangan cakap lah, semangkuk besar terhidang di atas meja. Jangan risau, restoran ini menghidangkan makanan halal dan yang pasti sedap dan harganya juga berpatutan.

Icha memang suka makanan Dave's Deli
Adik seperti biasa, makan sambil tengok iPad dia

Hidangan adik...giant sausage..lupa apa nama dia...
 Kepada mereka yang dah terliur tengok gambar-gambar ni dan berhajat untuk singgah ke Dave's Deli Subang Parade. Silalah tengok alamat di bawah ya...

 Dave's Deli
 Lot G24C, Ground Floor,
 Subang Parade Shopping Centre
 47500 Subang Jaya
 Selangor Darul Ehsan


 Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Friday, October 18, 2013

Dinner di Mr Food!

Rump Steak yang berharga RM27
One of Icha's  favourite spot

Balik sekolah terus datang sini...

My Rump Steak...yummy!
Makanan barat yang sedap di Shah Alam? Hmm..susah jugak nak jawab soalan tu. Bukan mudah untuk mencari makanan barat yang betul-betul sedap di Shah Alam ni. Bukan nak menghina ya..tapi kenyataan. Tetapi...di sebabkan susah nak cari restoran makanan barat gourmet yang benar-benar sedap, maka kami rasa sangat bahagia jika terjumpa restoran makanan barat yang mempunyai rasa yang agak sedap walaupun kurang berbanding dengan kualiti makanan di  restoran-restoran makanan barat yang berada di kawasan Subang atau Kuala Lumpur.

Ok, kali ini kami singgah makan malam di Mr Food, restoran makanan barat yang terletak di Putra Heights, Subang. Makanan yang terdapat di sini agak sedap berbanding makanan yang terdapat di restoran barat lain di Shah Alam. 

Apa yang best kat sini? Saya paling suka gravynya...gravynya adalah antara yang terbaik di Shah Alam! Tak percaya? Cuba lah sendiri...

Kalau sesiapa nak menikmati hidangan barat yang dimasak dengan daging yang segar (mereka juga ada menjual pelbagai daging segar dan diproses sendiri), boleh lah datang ke:-

Mr Food
No 8-G Jalan Putra Mahkota 7/6A, 
Putra Height,
Subang Jaya