Total Pageviews

Saturday, December 28, 2013

My princess, Baby Icha and her cousin, Hafiy

Baby Icha's first cousin, Hafiy is such an adorable boy. He liked Icha so much and didn't cry when she wrapped her arms around him and held him tightly. These pictures were taken when he was brought here in Shah Alam with Nek Ma and Tok Abah and also Mok Mah.





Jalan-jalan ke Melaka dengan Tok Abah dan Nek Ma

Setelah check-out dari hotel Legacy di Melaka, abah teringin nak melihat kawasan persekitaran pantai di Melaka. Ok lah, sebab abah dah lama tak jalan-jalan ke kawasan tu, kami bercadang masuk ke dalam kapal selam lama yang terletak di tepi pantai. Cuaca sangat panas so ma tak masuk sekali, ma duduk dalam kereta sementara kami naik ke atas kapas selam yang besar dan menakutkan itu.

Aku pun tak pernah masuk ke dalam kapal selam ni...huhuhu..menyeramkan...

Mr Babah and Adik Aaron bergambar berlatarbelakangkan kapal selam lama....

Abah dan Mok Mah bergambar di dalam kapal selam

Seram tak? Hehehe...dalam tu ada mannequin yang berpakaian seperti tentera laut zaman dulu kala...

Baby dan babah....

Thursday, December 19, 2013

My not-little-brother anymore

It's amazing how fast time flies by and I don't even realise my youngest brother who we call him, Adik has grown up.Sometimes I can’t believe, or maybe it’s just that I don’t want to believe, how quickly time has flown by. He is no longer our little brother who I used to cuddle and kiss but a 20++ grown up man who is much much taller than me now.I feel like my little brother is growing up too fast, i just wish time would slow down.

At 10 years of age, I was surprised to hear that my mother was having another child. I still remember how difficult my mother was when she carried him within her. I watched her stomach grow with each passing month and couldn't wait to see him as I yearned for another baby brother. Right after he came into this world, I discreetly peeking inside the room with all my sisters. My dad gave me a chance to hold him and then, at that time, everything changed. I didn’t know you could love someone so quickly. I felt absolutely nothing before walking into that room and then all at once, I felt everything. He was beautiful. He was ours.Watching him grow has been amazing in ways I could have never imagined. Growing up being the elder sister to 2 younger sisters and a younger brother (Adi was 2 years old at that time and my eldest sister didn't care much about the other siblings as she was busy playing with her boy friends - she used to be a pengkid/tomboy when she was a girl) I was excited to finally be a sister to a baby boy, again. I had seen my little brother took his first steps, I was the one who fed him when he was hungry and I was the one who held him every evening when my mother was busy with her work and until today, whenever he wants me to cook, I would cook for him as I still see him as my little brother.

Me (white dress) and my youngest brother (blue shirt) when I was 11 years old


My youngest brother, Iman is talkative and at times he gets a little hyper..errr..not the whole body but only his mouth. Our relationship is closer than anyone because I was the one who took care of him when he was a baby. At that time, my mom was selling some beauty products such as Avon and so on and knowing that my elder sister would not agree to be a babysitter,  my little brother was entrusted to me. Well..actually until today I am always someone that he always look up to. He would never shy to sleep on my shoulder or my hips and he always hold my hands if we go out together. Even though he has grown up, I always felt a need to protect my little brother.

As we've both grown older and I have my own family now, I haven't seen much of him in the past months. We've both been busy with our own responsibilities and jobs but he will always hold a special place in my heart.  I will always feel a need to protect him and spoil him.  I love you so much, my little brother! You will always be my little brother, no matter how old are you, ADIK!

Don't be mistaken, don't be misled, he is a straight guy but he likes to play a fool..hehehe!



He wears Icha's hairband...just play a fool hahaha!



 

Wednesday, December 18, 2013

Hafiy, anak saudaraku yang pertama....

Siapakah budak kecik yang sangat nakal ini? Hehehehe! ini lah dia anak saudara ku yang sangat mengada-ngada, Hafiy. Hafiy ini merupakan satu-satunya anak saudaraku buat masa ini dan dia adalah anak sulung kepada adik perempuanku yang ketiga, Laily. Lahir pada bulan April, kalau tak silap aku lah. Si kecik ini betul-betul menyerupai wajah mamanya, saling tak tumpah!








Wednesday, December 11, 2013

Burger King! Dinner..dinner..jom!

Mama malas masak..babah pun malas masak. So, apa lagi...jom ber burger king!!  Sebenarnya kami lebih suka Burger King berbanding Mc Donald kerana beef patties dari Burger King lebih besar dan padat berbanding McDonald yang sangat lah nipisnya dan rasanya agak kurang sedap berbanding Burger King. Mungkin kerana Burger King digrill, sebab itu rasanya lebih sedap daripada McDonald kot.

Malam ni babah dan mama order Whopper...yang bezanya, mama double whopper dan babah single whopper...hmmm...ya ke? hehehe! Dan Icha cuma chicken burger. Icha masih lagi belum membiasakan diri dengan makanan berasaskan daging sebab gigi dia masih lagi gigi susu so dia kurang berminat dengan makanan yang berdaging. Tunggu lah bila dia dah besar sikit dan tumbuh gigi kekal semuanya, agak nya masa tu memang dia akan makan daging je la kot.

Kami suka datang ke Burger King seksyen 13 ni sebab kawasannya yang luas dan tempat duduk berupa sofa yang sangat selesa! Tapi malangnya cashier burger king ni sangat slow...tersangat lah slownya...ku sabar je lah...







Saturday, December 7, 2013

The best muffins at Kenny Rogers

Kalau dah datang Kenny Rogers kenalah makan roasted chicken
Muffin! Muffin! Saya suka muffin! Tapi bukan semua muffin tau..muffin yang saya suka tu harus lah crunchy di luar dan moist di dalam. Susah nak cari muffin sedap macam tu. So, kalau saya memang dah teringin sangat nak makan muffin, saya akan ajak siapa-siapalah yang free waktu itu untuk makan-makan di Kenny Rogers. Jangan tak percaya, muffin Kenny Rogers adalah antara muffin yang paling sedap di Malaysia ni. Kalau kat oversea tak payah cakap la, muffin di negara barat banyak yang sedap. 

Favourite saya adalah muffin perasa vanilla. Tapi, kalau dah pergi Kenny Rogers, sah-sah la nak kena makan ayam panggang nya jugak kan? Hehehe! 


Lihat lah muffin perasa vanilla  yang sangat sedap ni....

Sunday, October 27, 2013

Dave's Deli Sangat Sedap!

Icha's favourite Apple Pie....
This is my favourite, everytime datang sini memang akan order Beef Risolle...
Roasted Chicken Icha..portionnya besar dan rasanya juga sedap..
Kalau anda suka kan makanan barat yang bercitarasakan "Homemade" atau "Taste of the West" tapi bagai berada di rumah, apa kata anda cuba singgah di Dave's Deli, Subang Parade. Apa yang membuatkan saya suka dengan makanan di sini ialah rasanya. Rasanya mengingatkan saya kepada masakan yang dimasak oleh ibu kepada kawan sekolah saya yang beragama Kristian suatu waktu dahulu. Sewaktu saya tinggal di Sabah ketika usia saya menginjak 8 tahun, ada di antara kawan-kawan saya yang beragama kristian dan merayakan hari Krismas. Saya masih ingat lagi, ketika kami beraya di rumah mereka, hidangan yang mereka sediakan untuk para tetamu ialah roasted chicken, chicken or beef risolle/ beef steak dan beraneka jenis salad dan pasta, mashed potatoes dan coleslaw jangan cakap lah, semangkuk besar terhidang di atas meja. Jangan risau, restoran ini menghidangkan makanan halal dan yang pasti sedap dan harganya juga berpatutan.

Icha memang suka makanan Dave's Deli
Adik seperti biasa, makan sambil tengok iPad dia

Hidangan adik...giant sausage..lupa apa nama dia...
 Kepada mereka yang dah terliur tengok gambar-gambar ni dan berhajat untuk singgah ke Dave's Deli Subang Parade. Silalah tengok alamat di bawah ya...

 Dave's Deli
 Lot G24C, Ground Floor,
 Subang Parade Shopping Centre
 47500 Subang Jaya
 Selangor Darul Ehsan


 Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Friday, October 18, 2013

Dinner di Mr Food!

Rump Steak yang berharga RM27
One of Icha's  favourite spot

Balik sekolah terus datang sini...

My Rump Steak...yummy!
Makanan barat yang sedap di Shah Alam? Hmm..susah jugak nak jawab soalan tu. Bukan mudah untuk mencari makanan barat yang betul-betul sedap di Shah Alam ni. Bukan nak menghina ya..tapi kenyataan. Tetapi...di sebabkan susah nak cari restoran makanan barat gourmet yang benar-benar sedap, maka kami rasa sangat bahagia jika terjumpa restoran makanan barat yang mempunyai rasa yang agak sedap walaupun kurang berbanding dengan kualiti makanan di  restoran-restoran makanan barat yang berada di kawasan Subang atau Kuala Lumpur.

Ok, kali ini kami singgah makan malam di Mr Food, restoran makanan barat yang terletak di Putra Heights, Subang. Makanan yang terdapat di sini agak sedap berbanding makanan yang terdapat di restoran barat lain di Shah Alam. 

Apa yang best kat sini? Saya paling suka gravynya...gravynya adalah antara yang terbaik di Shah Alam! Tak percaya? Cuba lah sendiri...

Kalau sesiapa nak menikmati hidangan barat yang dimasak dengan daging yang segar (mereka juga ada menjual pelbagai daging segar dan diproses sendiri), boleh lah datang ke:-

Mr Food
No 8-G Jalan Putra Mahkota 7/6A, 
Putra Height,
Subang Jaya



Friday, September 27, 2013

The Best Red Velvet in Malaysia

Hari ni Mek Ja nak berbicara mengenai Kek pulak. Tau tak yang Mek Ja ni jenis seorang manusia yang cepat fobia? Eh! Eh! Apa kena mengena pulak Kek dengan Fobia ni kan? Hehehe! Sabar dulu...dengar dulu cerita Mek Ja ni. Mek Ja memang suka makan kek tapi sangat cerewet. Kalau kek yang dimakan Mek Ja tu rasanya sangat tidak sedap, maka Mek Ja akan jadi fobia dan tak berani utk menjamahnya lagi di lain kali walaupun dibuat oleh orang lain.

Dalam banyak-banyak kek di Malaysia ni, Mek Ja sangat takut nak makan kek Red Velvet. Sebabnya? Aduhai..nak makan kek pun takut ke? Puncanya adalah kerana pertama kali Mek Ja menjamah kek Red Velvet ni, rasanya sangat tidak sedap. Kek Red Velvet berupa muffin itu sangat keras dan rasanya pahit. Lepas tu, tak lama kemudian, salah seorang dari rakan sekerja Mek Ja ada bawak kek Red Velvet ke tempat kerja, bila Mek Ja masukkan je secebis kek itu ke dalam mulut, ya Allah! Tak sedapnya alahai....kalau macam ni la rasanya kek Red Velvet, tak rasa pun takpe lah. Sejak dari itu, Mek Ja serik nak makan kek Red Velvet ni.

Tetapi.... Ha!...ada tetapi jugak tu. Ketika Mek Ja singgah ke Secret Recipe bersama seorang kawan sepejabat untuk lunch, ternampak la pulak Secret Recipe memperkenalkan kek Red Velvet di dalam rangkaian kek-kek yang dijualnya. Kek Red Velvet yang dijual oleh Secret Recipe nampak agak menggiurkan dengan cheese creamnya yang berkilat dan keknya nampak moist je. Tiba-tiba je Mek Ja rasa macam nak memecahkan tembok fobia kepada Red Velvet ni hari tu. Dan-dan waktu tu juga Mek Ja order sepotong kek Red Velvet untuk makan tengahari. Tak disangka-sangka......kek Red Velvet dari Secret Recipe ni tersangat lah sedapnya dengan rasa cheese creamnya yang berkrim dan berlemak. Keknya pulak tersangatlah moist. Dan...pada waktu itu juga, Mek Ja telah memecahkan tembok FOBIA kepada Kek Red Velvet dan buat kali pertama juga, Mek Ja telah jatuh cinta pada Kek Red Velvet..yang pasti, cintaku hanya pada Red Velvet Secret Recipe. Sampai sekarang masih belum bertemu lagi kek Red Velvet buatan lain yang sedap sesedap buatan Secret Recipe.

Nampak sedap tak kek Red Velvet ni?

Cheese Creamnya sangat menggiurkan....

Thursday, July 4, 2013

The best ground beef potato patties (begedil/pergedil) and Beef Stuffed Tofu in Shah Alam

Have you ever eaten stuffed tofu (Tauhu Sumbat)? The normal Malaysia stuffed tofu is made of tofu and the stuffing is normally made of cucumber, carrot and bean sprout. This kind of stuffed tofu can be found anywhere in Malaysia, right? But, have you ever eaten something different like Beef stuffed Tofu? Or chicken stuffed tofu? Hmmm..never heard of it? What? This is the first time you heard about it? I tell you guys...that is the best stuffed tofu that I have ever eaten in my life!! Hey! I am not exaggerating! I am telling you the truth...

Ok, let's see the proof......




   A succulent serving of a very high-quality proteins, yummy! The tender tofu pouches are filled with a succulent mixture of ground beef, chopped carrots, onions, parsley and savoury seasoning. Those tofu pouches then are coated with eggs and fried till golden brown. These Tauhu Sumbat Daging and Pergedil never disappoint me, an explosion of flavour profiles with ground beef, chopped onion and parsley works well to complement the tender golden fried tofu as the outside really crispy and the inside will stay moist and tender.The result is a harmony of flavours that are unique to Malaysian cuisine.

These beef stuffed tofu and ground beef potato patties can be found at Night Market, Section 27, Shah Alam. Price? RM1 for 1 piece of beef stuffed tofu and for ground beef potato patties or Pergedil, RM1 for 5 pcs.

Why not let your taste buds be the judge? Let's go to Pasar Malam, Seksyen 27, Shah Alam every Thursday night!















Thursday, June 6, 2013

Bawak Ma dan Abah Makan-Makan di Restoran Windmill, Bukit Tinggi, Klang












Salah satu acara penting Mek Ja ketika abah dan ma datang melawat ialah bawa mereka jalan-jalan dan makan sesuatu yang istimewa. Kali ini, Mek Ja bawa mereka ke Restoran Windmill di AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang. Restoran ni adalah restoran kesukaan Icha. Pantang datang Bukit Tinggi mesti nak masuk restoran ni. Dan abah juga suka sangat makanan western especially ikan. So, kali ini, Mek Ja bawa kedua-dua ibubapa tercinta, Mokmah adik tersayang dan anak-anak tercinta menikmati hidangan makan malam di Restoran Windmill.