Total Pageviews

Friday, October 18, 2013

Dinner di Mr Food!

Rump Steak yang berharga RM27
One of Icha's  favourite spot

Balik sekolah terus datang sini...

My Rump Steak...yummy!
Makanan barat yang sedap di Shah Alam? Hmm..susah jugak nak jawab soalan tu. Bukan mudah untuk mencari makanan barat yang betul-betul sedap di Shah Alam ni. Bukan nak menghina ya..tapi kenyataan. Tetapi...di sebabkan susah nak cari restoran makanan barat gourmet yang benar-benar sedap, maka kami rasa sangat bahagia jika terjumpa restoran makanan barat yang mempunyai rasa yang agak sedap walaupun kurang berbanding dengan kualiti makanan di  restoran-restoran makanan barat yang berada di kawasan Subang atau Kuala Lumpur.

Ok, kali ini kami singgah makan malam di Mr Food, restoran makanan barat yang terletak di Putra Heights, Subang. Makanan yang terdapat di sini agak sedap berbanding makanan yang terdapat di restoran barat lain di Shah Alam. 

Apa yang best kat sini? Saya paling suka gravynya...gravynya adalah antara yang terbaik di Shah Alam! Tak percaya? Cuba lah sendiri...

Kalau sesiapa nak menikmati hidangan barat yang dimasak dengan daging yang segar (mereka juga ada menjual pelbagai daging segar dan diproses sendiri), boleh lah datang ke:-

Mr Food
No 8-G Jalan Putra Mahkota 7/6A, 
Putra Height,
Subang Jaya



No comments:

Post a Comment