Total Pageviews

Saturday, September 27, 2014

Wedding..wedding...here I come!

Adik agak bad mood sepanjang perjalanan....mengantuk barangkali...
Lama betul tak makan nasi minyak! Tapi kali ni memang betul-betul rezeki Mek Ja sekeluarga. Kami sekeluarga telah dijemput untuk sama-sama meraikan kemeriahan majlis perkahwinan anak saudara Mr Hubby yang sulung. She is the first niece of the family...cucu sulung Nek Mon dan Atuk Man. Anak sulung kepada abang sulung hubby ni memang cantik dan lemah lembut orangnya. Wajah dia ada iras-iras adik bongsu hubby iaitu Mek Sue, cuma kulit dia agak gelap berbanding Dak Sue. Tapi bentuk muka dan senyuman memang ada iras Mek Sue...saling tak tumpah!

Mek Ja dan putera puterinya...
Mek Ja, Nana dan Mek Sue
Majlis perkahwinan Alin atau lebih mesra dengan nama Along itu telah diadakan di sebuah dewan di Melaka pada hari Sabtu, 27 September 2014. Syukur Alhamdulillah cuaca hari itu sangat baik, panas dan langsung tak hujan. Hampir semua adik beradik Mr Hubby hadir pada hari itu malah adik-beradik ibu mertua ku juga turut hadir sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan Along.
Bersama kakak ipar hubbyku, Kak Zana. Kakak ipar ku ni dah ada anak dara tapi still awet muda, muka macam orang baru kahwin...

Berposing dengan Icha dan sepupunya, Aisyah. Aisyah, anak arwah abang iparku kelihatan manis dengan warna pink
Bergambar dengan Nana dan Baby mama yang manja...


Bergambar dengan pengantin yang cantik jelita, Along

Ni pulak saudara hubby, yang hujung sebelah kiri tu wife kepada sepupu hubby dan gadis berwajah Arab yang bertudung kuning tu sepupu hubby yang menetap di Melaka

Fatin ni praktikal di syarikat yang sama dengan Mek Ja
Group picture dengan pengantin..tapi tak cukup korum. Yang ada cuma Sue, Kak Tina (kakak hubby), Mak hubby, Kak Zana (kakak ipar hubby) dan baby Icha


Cantiknya alahai pengantin! Comel sangat.....

Ok, photographer cakap..action!

Senyum semua! Mak pun gelihati dengan telatah pengantin dan Dak Sue

Friday, September 26, 2014

Bergambar bersama adik-adik manis dari Team Procurement

Comel-comel tak adik-adik dari team procurement ni? Comel kan? Saya memang suka berurusan dengan mereka ni kerana mereka sangat bijak mengendalikan tugas yang diberikan kepada mereka, ramah-tamah dan cepat! Kalau diberi peluang untuk memilih dengan siapa saya akan bekerjasama ketika projek tender diperlukan, saya memang akan pilih mereka-mereka ini. Tapi siapalah saya...saya hanya boleh menerima arahan saja..mana boleh demand-demand..hehehe! Tapi serius..kalau kerja dengan mereka ni, satu hari suntuk tak cukup bergosip dan bergurau senda...pecah perut dibuatnya.