Total Pageviews

Saturday, December 20, 2014

Ma dan Abah Melawat Masjid Putrajaya

Saat-saat yang menggembirakan adalah apabila kedua ibubapa kita sentiasa berada bersama kita walaupun apabila usia kita meningkat dewasa. Itu lah aku rasai apabila ibu dan bapaku datang melawat kami sekeluarga di Shah Alam. Selalunya mereka akan datang melawat Mek Ja pada awal bulan 12 dan menghabiskan masa mereka di sini selama sebulan.

Entri kali ini mengisahkan abah dan ma ku yang berjalan-jalan di Putrajaya membawa cucu-cucunya yang nakal. Ini kali yang ke-3 rasanya abah dan ma ku datang bersolat di masjid Putrajaya yang besar dan megah ini. Yang kasihannya ibuku, berpeluh-peluh mengejar kedua-dua cucunya sewaktu aku solat. Aduhai! Sudah lah cucunya yang kecik tu asyik mahu didukung saja..cucunya yang besar pula, anakku si Aaron  asyik nak melasak saja dan tidak mahu mendengar kata. Serik rasanya hendakku bawa lagi si Aaron ni keluar berjalan kalau babahnya tidak ikut sekali.  I love you Ma & Abah..forever!

Tengok lah gelagat mereka ketika dipujuk bergambar....


Tengok tu..betapa lasaknya Aaron...

Bila Aaron duduk diam, Hafiy, anak saudaraku pulak yang melasak...




No comments:

Post a Comment