Total Pageviews

Tuesday, March 31, 2015

Burger ala restoran retro Amerika di Malaysia!

Adakah anda mencari restoran yang berkonsepkan ala retro Amerika? Atau adakah anda sudah jemu dengan burger yang dijual di McDonald kerana dagingnya yang nipis dan kurang sedap. Burger Ramly lagi la kan...langsung tak puas dan tidak menyelerakan. Jangan risau! Malaysia kini sudah ada Johnny Rockets!! Yeeehaaa!! Restoran Johhny Rockets ni bukan saja menyajikan sajian ala Amerika yang sangat sedap tapi juga unik. Jangan tak tau, sekarang Johnny Rockets sudah mempunyai 7 cawangan di Malaysia. Okey, jom kita tengok apa yang istimewanya di Johnny Rockets.

Makanan
Di sini anda dapat temui pelbagai jenis burger yang sangat menyelerakan dan menu pilihan ramai ialah The Houston dan Bacon Cheddar Single. Ia merupakan kombinasi keju pepper jack, jalapenos, hirisan tomato dan sekeping daging lembu yang tebal dan beberapa keping daun salad yang segar di antara dua keping roti yang lembut dan panas. Dan kalau anda masih lagi mampu untuk mengisi perut, jangan lupa untuk mencuba the Original Hot Dog. Kalau ada kawan-kawan anda yang tak berapa kuat makan, don't worry, banyak side dishes yang ringan di dalam menu Johnny Rockets.


The Houston (kiri) dan Bacon Cheddar Single (kanan)


Minuman
Lupakan minuman berkarbonat jika anda berada di Johhny Rockets dan terus order Shakes dan floats yang terdapat di dalam menu kerana rasa shakes dan floats mereka tersangat lah sedap! Jangan lupa untuk mencuba Creamy Peanut Butter Shake ataupun Oreo Shake yang mempunyai cebisan biskut Oreo dan krim di dalamnya.

Suasana Persekitaran
Segala-gala yang terdapat di Johnny Rockets sangat istimewa, daripada hiasan restorannya yang berlantaikan chequered dan kerusi Red Vinyl sehinggalah stesen Jukeboxnya yang akan membawa anda ke zaman 1950 di Amerika. Hiasan restoran itu berdasarkan restoran asal Johnny Rockets di Los Angeles barat yang telah beroperasi dari tahun 1947 sehingga kini.



Perkhidmatan

Jika dibandingkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh staff Johnny Rockets dengan restoran lain yang sama level dengannya, sudah tentu saya bagi 4 bintang kepada Johhny Rockets! Makanan anda akan dihidangkan dalam masa 5 minit. Impressive kan?? Manakan tidak..walaupun mereka cepat dan pantas tapi bahan-bahan yang digunakan sangat segar dan burger yang dihidangkan masih lagi panas dan jauh lebih besar portionnya berbanding yang dijual di restoran makanan segera lain yang sewaktu dengannya.

Harga
Harga burger yang dijual di Johnny Rockets daripada RM19.90 hinggalah RM31.90 dan datang dengan side dishes, kentang goreng dan coleslaw. Jika anda tambah Rm2.50, anda dapat upgrade kentang goreng anda kepada keledek manis goreng yang sangat superb sedapnya!

FAKTA ROCKET
1. Setiap setengah jam, semua kakitangan Johnny Rockets akan berhenti dan menari mengikut rentak lagu rancak. Para pelanggan juga dijemput join bersama.
2. Nama restoran itu ialah daripada gabungan the Johnny Appleseed Story dan The Oldsmobile Rocket 88 Car.
3. Jangan terkejut melihat lukisan senyuman di pinggan anda yang diperbuat daripada sos tomato, itu adalah signature mereka!

Cawangan Johnny Rockets Malaysia boleh ditemui di beberapa lokasi:-

1. IOI City Mall, Putrajaya,  
2. Pavillion KL
3. Sunway Pyramid
4. The Curve
5. Avenue K (Berhadapan dengan KLCC)
6. KLIA 2

Dan tak lama lagi satu cawangan lagi akan dibuka di Parkson Maju Junction, KL.

So, apa lagi...jom kita berJohnny Rockets!! 


No comments:

Post a Comment