Total Pageviews

Friday, March 6, 2015

Usah derhaka pada ibubapa

 
   Sob! Sob! Sob! Menitis air mata membaca kisah yang sering dipaparkan di media massa mengenai anak-anak yang derhaka pada ibubapa.  Fenomena seperti ini bagaikan sudah berleluasa di negara ini yang peratus penduduk bangsa Melayu paling tinggi berbanding bangsa lain.

Masihkah anda ingat kisah yang menyayat hati berlaku pada tahun 2010, seorang wanita bekas banduan tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya yang sudah tua sehinggakan rumah pasangan warga emas itu hampir-hampir dilelong selain barang kemas mereka juga turut tergadai? Bagaimana pula dengan  berita yang dipaparkan hampir semua akhbar mengenai seorang lelaki tergamak memaki hamun dan mencederakan ibunya yang berusia 61 tahun hanya kerana tidak mendapat wang yang diminta. Ibu malang itu bukan sahaja dimaki hamun malah turut menahan sakit apabila kepalanya disembam dilantai ditolak Tanggang moden itu. Bukan itu sahaja, pada tahun 2012, lima anak kepada seorang warga emas hanya membawa pulang ayah mereka yang berusia 75 tahun daripada rumah kebajikan untuk menyelesaikan urusan pembahagian harta dan kemudian dipulangkan semula selepas urusan itu selesai, anak-anak apakah itu? Dan pada tahun 2010, seorang anak lelaki yang juga patut dipanggil si tanggang moden telah menumbuk muka ibunya sehingga terjatuh dan koma hanya kerana berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Astaghfirullahalazim! Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia yang dulunya kaya dengan budi pekerti dan sopan santun? Itu belum lagi kita mengimbas kembali kisah 9 anak jahanam yang membuang ibunya ke pusat jagaan orang tua kerana dikatakan ibu yang berusia 84 tahun itu kuat makan? Huhuhuhu...menitis air mata ini membaca semua kisah-kisah yang menyayat hati itu.

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia sudah disampuk jin ataupun adakah mereka mengalami masalah gangguan mental dan emosi sehingga mereka berkelakuan sedemikian rupa? Ya Allah! Tak tergamak aku membayangkan bagaimanakah rupa ibubapa malang yang diperlakukan dengan kejam oleh anak-anak mereka yang dikandung 9 bulan dan dibesarkan dari sebesar tapak kaki sehinggalah dewasa.


“Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ‘ahh’, dan janganlah kamu membentak mereka.”

[Quran Surah Al-Isra' (17) : 23]

 ‘Uquuqul walidain (derhaka kepada ibu bapa) adalah dosa besar. Kerana itu, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang disampaikan oleh Ibnu Al-Atsir dalam kitabnya An-Nihaayah melarang perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa.Jadi, seorang anak dikatakan telah derhaka kepada ibu bapanya jika dia tidak patuh dan tidak berbuat baik kepadanya, atau dalam bahasa Arab disebut al-’aaq (anak yang derhaka).

 Mengatakan "Ahh" pun sudah dikira berdosa, ini kan pula mengasari dan menyakiti tubuh badan ibubapa kita yang sudah tua.

Masalah derhaka bukan saja berlaku secara terang-terangan tetapi juga secara halus. Di zaman ini ibubapa bukan sahaja tempat anak-anak meminta wang bila ada masalah kewangan tetapi juga tempat mereka melampiaskan kesusahan tanpa segan silu. Wahai rakan-rakanku sekalian, andai kamu meminjam wang dari kedua ibubapa mu, segerakan lah membayarnya agar dapat melegakan kesusahan ibubapa mu. Mereka bukan lah jenis yang meminta-minta apatah lagi dengan anak-anak kerana sudah menjadi naluri mereka, tidak mahu menyusahkan anak-anak. Tetapi jika sudah bertahun meminjam duit ibubapa tapi langsung tidak dibayar, mana lagi sumber kewangan mereka untuk mendapatkan wang itu semula. Malah ada ibubapa yang sanggup mengeluarkan wang Tabung Haji yang disimpan untuk mengerjakan haji demi membantu anak-anak yang susah, tetapi si anak buat acuh tak acuh saja sehingga melengah-lengahkan pembayaran semula hutang. Kalau dengan kawan-kawan atau girlfriend bukan main lagi cepat nak membayarnya, tetapi bila dengan ibubapa, saja je lengah-lengahkan..mentang-mentang ibubapa hanya mendiamkan diri. Ya Allah! Di mana sifat kemanusiaan mu wahai anak-anak.

Ibubapa zaman ini juga sering dijadikan hamba abdi oleh anak-anak yang berkerjaya. Sudah lah ibubapa itu sudah tua, dijadikan pula pengasuh atau babysitter untuk anak-anaknya. Sayang ku semua, bukan tidak boleh meminta tolong ibubapa untuk mengasuh atau menjaga anak sewaktu kita bekerja tetapi jangan lah ambil kesempatan. Kebanyakkan daripada kita langsung tidak menghulurkan apa-apa kepada ibubapa kita yang menjaga anak-anak. Bukan saja wang ihsan, malah barang dapur atau barang-barang runcit rumah ibubapa kita pun tidak pernah dibeli. Duduk satu rumah tetapi duit langsung tidak dihulur. Apalah salahnya anda bayar bil elektrik dan bil air kedua ibubapa anda? Atau apa lah salahnya anda berbelanja untuk barang-barang dapur dan barang-barang runcit mereka sebagai tanda terima kasih mereka menjaga anak-anak anda dengan penuh kasih sayang. Takkan lah itu pun nak tunggu ibubapa anda bersuara. Mereka tak akan bersuara meminta-meminta kerana seperti saya katakan tadi, naluri ibubapa, mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka yang mereka kandung selama 9 bulan dan jaga dari sekecil-kecil tapak kaki sehinggalah mampu berdikari.

Marilah kita sama-sama membahagiakan mereka sewaktu mereka masih lagi bernafas di muka bumi ini. Yang jarang menjenguk, apalah salahnya ketepikan kesibukan yang sebenarnya bukan sibuk mana pun, untuk menjenguk ibubapa di kampung. Hubungi mereka dan hulurlah barang sedikit wang ihsan untuk mereka. Sesekali bawa mereka bercuti agar mereka terhibur dan rasa dihargai. Ingatlah! Mereka tak akan meminta...let's cherish them now before it's too late!

I love you Ma dan Abah!!! Huhuhuhu.....

No comments:

Post a Comment