Total Pageviews

Tuesday, April 14, 2015

Benda-benda ni yang selalu buat Mek Ja bengang....



  1. Pelanggan yang suka ambik banyak tisu atau napkin di restoran...tetapi hanya menggunakan satu atau dua helai je dan yang lebihnya dibuang atau ditinggalkan atas meja macam tu je. Wey! Ingat..tisu atau napkin tu diperbuat daripada pokok kayu..kesian pokok kayu asyik kena tebang je...
  2. Laman web shopping online yang tak senaraikan harga produknya..kau cakap kitorang boleh dapatkan maklumat lanjut dalam laman web kau tapi bila dah click link dan bukak website korang, takde pun harga atau maklumat lanjut dalam tu. Nak jual barang ke tak nak weyyyy???
  3. Orang yang suka bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan...bukan je geli tengok makanan penuh dalam mulut kau masa kau bercakap tapi kecenderungan untuk kau sembur muka orang dengan makanan dalam mulut kau adalah tinggi. Ohh..pleaseee! Gross!
  4. Iklan YouTube...sebelum kitorang dapat tengok apa yang kitorang nak tengok kat YouTube, kitorang kena tonton dulu iklan yang korang masukkan. Yang paling menyampah apabila kita tak boleh skip. Opps! Ada info baru lah..kepada sesiapa yang menggunakan Google Chrome Browser, jom download AdBlock Plus supaya kita boleh tonton YouTube tanpa gangguan iklan-iklan berkenaan...
  5. Manusia yang suka M3nA!p MaCaM !N! dan Yang menggunakan bahasa Muah Ciked! ...aduhai! Ini kod yang nak kena tafsir kan ke? huhuhuh....
  6. Orang yang bercakap bahasa Inggeris dengan slang Mat Saleh walaupun grammar berterabur...maaf nak cakap lah ya, kalau bahasa Inggeris anda sangat lah tidak sempurna dengan grammar yang lintang pukang dan berterabur sana-sini, please lah guna je slang Bahasa Inggeris Melayu. Tapi kalau mereka fasih Bahasa Inggeris, saya tak kisah slang apa pun yang mereka gunakan kerana saya sangat particular bab-bab sebegitu hehehe! Malah, kalau saya dengar mereka yang fasih bahasa Inggeris menggunakan slang UK atau America, saya sangat kagum!
  7. Mereka yang menyebut "Supposably"...Encik sekalian, itu bukan lah satu perkataan, perkataan yang betul ialah "supposedly". Sila buka kamus online atau sila install dictionary apps dalam handphone kamu.
  8. Mereka yang memakai Lip Liner warna gelap tapi lipstick warna light...hmmm...nampak agak menyakitkan mata. Pastikan anda memakai lip liner yang berwarna lebih muda daripada warna gincu kamu ya...
  9. Mereka yang membuat komen yang lari dari isi artikel atau berita di Facebook kerana tidak membaca keseluruhan isi artikel tersebut. Kalau malas membaca,  jangan pandai-pandai komen kerana ia akan menyerlahkan kebodohan dan kemalasan anda ke serata dunia. Ingat! Jangan memalukan diri anda dengan perkara sebodoh itu..
  10. Orang bodoh sombong yang tidak mahu mendengar nasihat. Hmm...ini malas nak komen lebih-lebih...
Jangan bagi Mek Ja marah! Nanti Vampire ini akan datang menyerang anda!!!



No comments:

Post a Comment