Total Pageviews

Sunday, April 19, 2015

Untuk wanita yang single atau suami tiada di rumah, selamatkah anda?

Pertama:  Sentiasa kunci  pintu dan tingkap rumah anda
Pastikan anda kunci pintu rumah anda dengan mangga dan selak pintu sentiasa diselak ketika anda berada di rumah. Kalau anda boleh pasang alarm di rumah anda lagi  bagus. Sekarang banyak dijual di internet alarm yang murah-murah dan senang dipasang di pintu dan tingkap. Pastikan juga langsir pintu dan tingkap ditutup agar keadaan di dalam rumah anda tidak dapat dilihat dari luar. Jika ada pencuri ataupun penjenayah mahu mencari mangsa, mereka akan survey dulu dengan berjalan di luar rumah dan jika mereka dapat tahu anda keseorangan dan tiada lelaki di rumah maka ia memudahkan mereka cuba memecah masuk rumah anda.

Kedua: Sorok semua barang-barang berharga.
Meninggalkan beg duit anda atau barang-barang kemas di ruang tamu sehingga dapat dilihat oleh orang luar mungkin menarik minat penjenayah memecah masuk rumah anda.  Jika anda hendak masuk tidur, pastikan handphone, beg tangan dan laptop di bawa bersama ke dalam bilik dan kunci pintu bilik tidur anda sebelum tidur. Dan jika anda hendak keluar rumah, sorok lah barang-barang berharga anda dan jangan letakkan di ruang tamu atau di atas meja.

Ketiga: Simpan nombor emergency dalam speed dial atau nombor favourite anda dalam phone.
Ini akan membolehkan anda menekannya dengan cepat jika ada penceroboh di dalam rumah anda. Jika ragu-ragu, hubungi pihak polis dan keluar dari rumah dengan cepat jika anda nampak ada bayang-bayang di dalam rumah.

Keempat: Jangan anggap anda selamat walaupun kawasan rumah anda mempunyai pengawal keselamatan.
Jangan lupa kunci pintu rumah dan grill serta pintu pagar walaupun kawasan anda mempunyai pengawal keselamatan. Walaupun semasa anda tidur, anda mesti mengunci pintu bilik tidur anda untuk mengelakkan para penceroboh dapat masuk ke bilik anda dengan mudah. Yang tinggal di apartment ataupun rumah dua tingkat yang mempunyai balkoni, jangan ambil mudah dengan menganggap penjenayah tidak dapat memanjat balkoni. Kunci pintu sliding door ataupun pintu di balkoni rumah anda setiap masa walaupun semasa anda berada di rumah.

Kelima: Jangan tinggal kunci rumah anda di dalam pasu di luar rumah atau lapik kaki jika ada keluarga atau adik beradik mahu ke rumah jika anda tiada.
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. Zaman dulu takpe la buat macam tu sebab zaman dulu tak ramai penjenayah macam sekarang. Dulu, kita boleh la letak kunci dalam kasut atau dalam pasu di luar rumah. Tapi, kalau sekarang buat macam tu, senang lah penjenayah nak masuk ke dalam rumah. So, untuk menyelesaikan masalah, anda boleh lah bagi kunci spare pada adik beradik atau ibubapa untuk menyenangkan mereka datang ke rumah anda bila perlu. Manakala kunci kereta pula, adalah lebih selamat anda letak berdekatan anda jika anda mahu tidur kerana, jika ada penceroboh masuk ke dalam rumah, anda boleh membunyikan alarm kereta untuk menarik perhatian jiran-jiran anda dan menakutkan penceroboh.

Keenam: Elakkan berdepan dengan penjenayah jika dia masuk ke dalam rumah anda.
Tak payah tunjukkan keberanian anda kalau anda bukan juara Taek-Won-Do Malaysia atau Cucu Bruce Lee atau ada super power macam Cyborg Girl, nyawa kita ada satu je...ini bukan dalam filem. So, kalau anda dapati rumah anda dicerobohi, pastikan bilik tidur anda dikunci (jika anda di bilik tidur) atau jika anda di dapur, cepat2 ambil anak anda dan keluar dari pintu dapur ke rumah jiran. Jika anda tidak boleh keluar rumah, cepat-cepat hubungi polis dan juga jiran sebelah agar mereka dapat membantu. Saya juga cadangkan anda install apps MyDistress di dalam smartphone anda supaya anda boleh menghubungi polis dengan cepat menggunakan apps ini. Malangnya apps ini hanya boleh digunakan oleh mereka yang berada di Lembah Klang buat masa ini.

Ketujuh: Edit Facebook content anda

Ramai daripada anda di luar sana yang check-in di dalam Facebook atau memberitahu yang anda keseorangan di rumah, malah ada yang berkongsi alamat rumah di Facebook anda. Sayang, tak salah kalau anda nak check-in di dalam Facebook tapi make sure, status itu hanya dilihat oleh keluarga dan sahabat-sahabat yang anda kenal, bukan secara public. Dan, kalau anda nak memberitahu anda keseorangan di rumah, pastikan status itu hanya dikongsi dengan saudara, keluarga dan rakan-rakan terdekat yang anda percayai. Bahaya ada di mana-mana sekarang dan jangan kongsi sebarang status personal dengan satu dunia atau secara public. Kita sentiasa diintai....

No comments:

Post a Comment