Total Pageviews

Sunday, January 25, 2015

Bercuti di hujung minggu - Port Dickson

Kami datang lagi! Termasuk kali ini, entah kali ke berapa kami menjejakkan kaki ke hotel favourite keluarga kami, Lexis Port Dickson ini. Kali ini kami ambil bilik Deluxe Water Chalet yang mengadap laut. Pemandangan laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari laut sangat menyamankan. Sesungguhnya ia mampu melegakan badan dan minda.






Untuk pengetahuan semua, bilik Deluxe ini berukuran 418 kaki persegi dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz King dan sebuah Day Bed yang berukuran 68" x 34" x 6". Yang menariknya bilik di Hotel Lexis ini ialah bilik mandinya yang besar, lengkap dengan bath tub berupa jacuzzi dan ruang mandi shower yang berasingan. Mula-mula bukak pintu bilik aje anda akan masuk ke kawasan bilik mandi dulu, baru anda masuk ke kawasan bilik.


Bukak-bukak je pintu nampak bath tub berupa jacuzzi ini

Nampak ada kaca kat lantai..kita boleh tengok air laut kat bawah

Standing shower dibuat secara berasingan

Ini pemandangan dari dalam bilik

Yang paling excited bila berjalan ni siapa lagi kalau bukan anak-anak. Sesampai saja di hotel ni, dua beradik tu terus berlari ke arah beranda dan meminta segelas jus epal. Amboi...berangan macam korang kat hawaii ke....


Berehat di beranda dengan menikmati segelas air jus epal


Disebabkan babah yang beria sangat nak datang ke Port Dickson ni maka beliau bermurah hati menyediakan bekalan nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng tepung untuk juadah makan tengahari kami di sini. Sedapnya sampai menjilat jari! Thank you, sayang!

Babah bawak periuk nasi terus..senang nak makan



 
Ayam goreng tepung babah


Bahagianya dapat makan sambal sotong di tengah-tengah laut macam ni...


Tengok la kerenah si kecik tu yang kononya berani berdiri di atas kaca
Selalunya kalau kami datang ke PD ni, hubby akan berehat dulu di bilik selepas kami menikmati makan tengahari. Selepas itu baru kami plan nak ke mana-mana, kalau kami datang hari Sabtu, kami pasti akan menjelajah Pasar Malam yang terdapat di Port Dickson. Apa yang seronoknya di pasar malam tu, banyak lauk pauk dan kuih muih yang sedap-sedap dijual di situ. 


Telatah si kecik yang sangat gembira dapat bercuti...

Si adik dan si kakak....

Kali ni kami bawak pen drive yang penuh dengan cerita Ultraman untuk menarik perhatian si kecik

Nampak tak Day Bed di sebelah sana tu...semua Deluxe Water Chalet dilengkapi dengan Day Bed tu..

Apa lah yang dibualkan oleh si kecik tu..


Si adik memang suka mengusik kakak baby...

Amboinya suka Arisha dapat berjalan ke hotel...

Putera dan Puteri Mek Ja

Otak ligat memikirkan apa yang nak dibuat ni...
Keesokan paginya seperti biasa kami akan menikmati sarapan pagi di Coffee House Hotel Lexis ni. Pada pendapat Mek Ja, menu sarapan yang disediakan di coffee house ini antara yang terbaik berbanding hotel-hotel lain di PD tapi tak boleh mengalahkan Hotel Thistle dan Avillion Water Chalet. Di sini terdapat pelbagai menu yang disediakan antaranya ialah menu makanan melayu dan Cina serta menu antarabangsa. Tapi kepada anda yang hendak bermalam di Lexis Water Chalet ini, pastikan anda datang awal ke coffee house ni kerana kalau lambat, samada anda kena tunggu meja kosong ataupun makanan banyak yang sudah habis. Memang la staff di coffee house replenish makanan yang sudah habis tapi mengambil masa yang agak lama. So, pastikan anda datang awal untuk sarapan ya..dari 7 pagi sampai pukul 8 pagi. Kalau lepas daripada waktu tu, tak dapek la den nak nolong!

Antara favourite breakfast Icha, international breakfast

Babah kurang makan sewaktu sarapan...

Icha tengah fikir nak makan apa lagi...

Ni yang pinggan banyak makanan ni of course pinggan Mek Ja

Adik cuma suka makan cereal sahaja....


So, kepada anda yang rasa tension dan stress di tempat kerja, apa kata bawa keluarga anda makan angin di Lexis Water Chalet, Port Dickson hujung minggu ni. Harga bilik yang paling murah di Lexis Water Chalet ini ialah RM400++ dan itupun kalau anda book melalui laman web Lexis Water Chalet, kerana anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah berbanding harga biasa jika book melalui online. Kalau anda lihat di laman web Lexis Water Chalet, harga satu malam untuk Premium Tower Seaview (bilik ini berada di dalam bangunan apartment) ialah RM420 tidak termasuk harga cukai yang dikenakan. Manakala harga Deluxe Water Chalet termasuk sarapan pagi ialah daripada RM513.00 tidak termasuk harga cukai. So, apa lagi..jom bawak keluarga anda bercuti di Lexis Water Chalet, mana tau, kalau nasib kita baik, anda terserempak dengan Mek Ja dan keluarga kerana di sinilah destinasi utama kami untuk percutian yang singkat.



1 comment:

  1. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    ReplyDelete