Total Pageviews

Friday, January 30, 2015

Pengalaman pahit di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam

Mek Ja memang particular bab-bab makanan. Lagilah kalau harga yang dikenakan tidak setimpal dengan rasa makanan yang dihidangkan. Kalau harga mahal tapi makanan yang dihidangkan sedap dan memuaskan hati, Mek Ja tak kisah! Tapi kalau makanan yang dihidangkan kurang sedap tapi harga yang dikenakan agak mahal, memang lah Mek Ja sangat angin! 

Ok, entri hari ini adalah mengenai makanan yang Mek Ja order di Secret Recipe, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam. Semua orang pernah dengar Secret Recipe kan? Makanan di Secret Recipe selalunya sedap terutama kek dan menu-menu dessert mereka. Tetapi...huhuhu...makanan yang dihidangkan di Secret Recipe outlet Dataran Otomobil Shah Alam ini sangat tidak memuaskan hati. Ok, jom tengok gambar Vietnamese Beef Noodle Soup yang diambil dari laman web rasmi Secret Recipe.



Selalunya Mek Ja makan Vietnamese Beef Noodle Soup ni di outlet SACC Mall dan memang menepati citarasa, rasanya yang sedap dan daging yang empuk membuatkan menu ini menjadi salah satu menu kegemaran Mek Ja. Malah makanan yang dihidangkan di cawangan SACC Mall sama seperti dalam gambar yang terdapat di laman web mereka. Tetapi, entah kenapa malang betul nasib Mek Ja hari ini...apabila Mek Ja memesan menu ini di cawangan Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam, ini yang Mek Ja dapat.




Dagingnya sangat hanyir


Sudah lah hanya beberapa ketul daging saja yang diletakkan di dalam hidangan yang Mek Ja order ni, tapi yang paling mengecewakan adalah rasa daging yang hanyir, macam nak muntah Mek Ja makan. Ok, Mek Ja tak berapa kisah kalau daging tu sikit tapi rasa kuah dan dagingnya yang hanyir tu membuatkan Mek Ja rasa geram dan sakit hati yang amat sangat. Mek Ja tak pernah makan Vietnamese Beef Noodle Soup yang hanyir macam ni, di mana-mana cawangan Secret Recipe. Dah la Mek Ja ni jenis fobia, apa lagi..terus fobia nak order menu ni lagi dan Mek Ja dah blacklist nak Secret Recipe Dataran Otomobil tu. 


Cawangan Secret Recipe di sini merupakan cawangan kedua yang telah Mek Ja blacklist, yang pertama di AEON Jusco, Bukit Tinggi Klang kerana Mek Ja telah terkena keracunan makanan selama seminggu selepas makan Cheese Brownies yang dibeli di situ. Keracunan makanan tu bukan biasa-biasa tapi Mek Ja muntah-muntah dan ceret beret sehingga hampir dimasukkan di hospital.

Alamak..sayang betul, Mek Ja suka sangat Vietnamese Beef Noodle Soup ni tapi sebab pengalaman pahit ni, Mek Ja dah tak berani nak order menu ni lagi di mana-mana cawangan Secret Recipe. Huhuhu...sedihnya....



No comments:

Post a Comment