Tahukan anda
yang madu bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malah ia juga mampu
meningkatkan tahap kesihatan. Lebih istimewa lagi, madu juga mempunyai khasiat
dan manfaat besar untuk kecantikan. Jom baca dengan lebih lanjut lagi untuk
mengetahui apa yang madu boleh lakukan untuk anda!
1.
Memberikan Tenaga & Menaikkan
Seri Wajah
Amalkan
mengambil madu lebah sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil lah madu
ketika perut kosong sebaik sahaja bangun dari tidur. Cara yang paling
digalakkan ialah tuang sesudu madu di atas tapak tangan kemudian jilat dengan
lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman,
memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Jangan lupa mulakan dengan
kalimah Bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan
serta kesihatan. InsyaAllah! Ia akan berhasil.
2. Melindungi
dan Melembapkan Kulit
Kandungan
antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangktan, dapat membantu
memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah seperti
jerawat. Selain itu, anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada
seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada,
memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi
lembut, cerah dan lembab.
3. Mengurangkan
Tanda-Tanda Penuaan
Khasiat
yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia
membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, hasilnya anda akan tampak awet muda.
Madu juga boleh dijadikan penyegar, carannya mudah, campurkan 1 sudu teh lemon
dan madu, sukatan sama rata, kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga
sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan kapas muka.
4. Meremajakan
Kulit
Pengambilan
madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan
rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembab dan cerah. Manakala rambut pula lebih
sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi yang terdapat di dalam madu seperti
magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa
tampak muda.
5.
Membersih secara semulajadi
Andakah
anda tahu, madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu
apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan
kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembab.
6.
Mengatasi jerawat
Madu
sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan
parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit licin dan
sihat. Caranya mudah sahaja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat,
biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan
sehingga jerawat hilang.
7.
Mencerahkan
Berendam
dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberikan
ketenangan . Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambit
merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata.
8.
Atasi Rambut Gugur
Bagi
anda yang mengalami masalah rambut gugur, usah susah hati. Campurkan minyak
zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul hingga
sebati, kemudian sapu pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga
15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih, rambut akan menjadi sihat dan kuat.
9.
Suburkan Rambut
Madu
dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan
madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala.
Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu syampu
seperti biasa dan bilas sehingga bersih.
10.
Bibir merah semulajadi
Sapukan
madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau
nipis atau air suam.
Extracted from TIP CANTIK, MINGGUAN WANITA