Jumaat lepas, En Hubby ada menyuarakan agar kami bermalam di hotel pada hujung minggu dengan alasan untuk menenangkan fikiran. So, dia mintak lah Mek Ja carikan hotel yang bersesuaian, tak nak jauh sangat dan tak nak dekat sangat. Sebenarnya En Hubby suka bermalam di hotel Port Dickson tapi memandangkan permintaan dia dah last minute dan kebetulan Sabtu lepas merupakan hari Valentine so banyak hotel yang dah fully-booked. So, nak tak nak Mek Ja terpaksa cari hotel yang berdekatan. Anak-anak apa lagi..mereka lagi suka terutama yang sulung tu, sejak dia pandai berenang, asyik lah merengek nak pergi hotel untuk berenang kat swimming pool.
Akhirnya Mek Ja memilih Hotel Eastin di Petaling Jaya sebagai destinasi percutian ringkas kami di hujung minggu. So, petang Jumaat tu Mek Ja tempah Deluxe Room di Hotel Eastin, PJ. Kami tak pernah sampai ke area ni so terpaksa guna GPS, hehehe!
Sesampai saja di hotel, masing-masing terus bersantai di atas katil King |
Keluasan bilik seperti hotel 4 bintang ke atas..biasa saja |
Mek Ja paling tak suka toilet takde bidet, nasib baik paip bath tub dekat |
Ini bilik mandi..ada bath tub dan standing shower |
Icha walaupun kat hotel sibuk dengan handphone dia |
Keluasan bilik Deluxe ini ialah lebih kurang 37 meter persegi dan lengkap dengan lampu di sebelah katil, meja tulis, bilik mandi yang besar dilengkapi dengan bath tub dan bilik shower yang berasingan serta Wi-Fi percuma.
Untuk family yang kecil seperti kami, keluasan bilik ini sudah cukup dan bilik sangat bersih dan dijaga rapi.
Setelah beberapa minit berehat, Mek Ja mengajak En Hubby berjalan-jalan di Tropicana City Mall. Ini lah masanya kami ke shopping mall tersebut kerana lokasinya yang agak berdekatan dengan Hotel Eastin ni. Kalau nak harapkan pergi daripada rumah, memang tak lah sebab En Hubby memang tak suka berjalan tempat yang jauh-jauh (bagi dia area PJ dan KL tu sangat jauh).
Kebetulan hari Sabtu lepas adalah hari valentine so mereka jual Kek Rainbow berbentuk love |
Kek ini kami beli di Cake Sense di Tropicana City Mall |
Kami dah lama nak makan Mont Blanc tapi sayangnya rasa kek yang kami beli di Cake Sense ni kurang sedap |
Setelah berjalan-jalan dan menikmati makan tengahari di Tropicana City Mall, kami membeli beberapa jenis makanan untuk dinikmati di hotel dan bergegas pulang kerana Arisha dan Aaron dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. Apa lagi, sesampai di hotel, dua beradik ni terus menyalin pakaian mandi mereka.
Dua beradik ni memang suka mandi di kolam renang |
Menu pilihan buffet breakfast di Hotel Eastin ini agak memuaskan |
Antara makanan yang dipilih Mek Ja untuk sarapan |
Icha memang suka bersarapan di hotel |
Bagi Mek Ja pilihan menu sarapan tiada masalah tetapi yang kurang cantik di mata Mek Ja ialah para pelayan yang rata-ratanya adalah Bangla..huhuhu..hotel 4 star tapi pelayan-pelayan mereka adalah Bangla. Tak sangka!
Yang ini bukan nak makan, sibuk dengan iPad dia |
So, kepada anda semua yang ingin melepaskan lelah kerana penat bekerja tetapi tidak mahu memandu jauh, boleh lah jadikan Hotel Eastin, PJ sebagai destinasi percutian anda di hujung minggu. Jika anda berminat, layari lah www.eastin.com kerana mereka selalu membuat promosi yang menarik.
No comments:
Post a Comment