Memandangkan anak dara tu dari minggu lepas lagi merengek nak pergi ke restoran Jepun kesukaan dia tu, maka Mek Ja pun pujuk lah En Hubby untuk makan tengahari di Haikara-Style Cafe & Bakery hari ni. Mula-mula En Hubby enggan menurut permintaan si Icha tapi setelah dipujuk, akhirnya dia mengalah.
Restoran Haikara-Style ni dimiliki oleh pasangan Jepun yang sudah lama menetap di Malaysia. Malah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu dimasak sendiri oleh isterinya yang merupakan Chef merangkap boss restoran itu. Apa yang membuatkan Icha suka dengan restoran ini kerana makanannya yang dimasak sendiri oleh orang Jepun. Icha paling pantang kalau makanan Jepun dimasak oleh orang lain selain dari orang Jepun. Restoran ini juga mempunyai sijil halal dan mereka juga tidak menjual sebarang makanan berasaskan alkohol ataupun minuman keras di sini.
Restoran ini sering dikunjungi para expat yang tinggal berdekatan |
Terdapat pelbagai jenis barangan hiasan dari Jepun di kaunter membuat minuman |
Di sini juga terdapat pelbagai jenis roti yang dibuat sendiri oleh Chef dari Jepun itu |
Adik paling suka kek cokelat, pantang nampak mesti nak order... |
Ini adalah kek kesukaan Icha kalau datang ke sini, Strawberry Rolls |
Namun begitu, kari yang dimasak oleh orang Jepun agak berbeza berbanding kari yang dimasak oleh rakyat Malaysia atau India. Macam kita menggunakan rempah kari dan santan tetapi mereka menggunakan Instant Curry Roux dalam masakan kari mereka. Roux adalah campuran tepung dan minyak yang berfungsi sebagai bahan pengental masakan seperti sup dan sos barat. Sayuran-sayuran yang digunakan untuk memasak kari jepun selalunya ialah lobak, bawang besar dan seleri dan mereka juga menggunakan susu dan jus epal di dalam masakan kari mereka. Rasa kari jepun adalah seakan-akan rasa stew kerana rasanya agak manis.
Icha memesan kari ayam katsu bersama nasi jepun |
Ini Chicken Katsu Curry Icha... |
Mek Ja dan En Hubby memesan kari bersama beef hamburger |
Hamburgernya diletakkan sekeping keju |
Selain daripada nasi bersama kari katsu dan kari hamburger ni, Restoran Haikara ini juga ada menjual pelbagai menu lain seperti roti dan pastry yang dibuat sendiri oleh Chef Jepun tersebut. Malah menurut Chef yang cantik tu, roti dan pastry yang dibuat sendiri itu tidak menggunakan sebarang preservative atau softener serta bahan-bahan tambahan lain dan selamat dimakan oleh bayi. Tapi, memang roti yang dijual di sini sangat sedap dan gebu malah lebih sedap dan lembut berbanding yang dijual di bakeri Giant atau AEON Big atau Tesco. Harganya pun agak murah iaitu RM3.50 ke atas.
Kalau anda tak berani untuk mencuba Chicken Katsu or hamburger curry, anda juga boleh order mi Jepun seperti udon dan juga spaghetti serta pasta.
Ok, kepada anda yang ingin mencuba makanan moden Jepun yang dimasak sendiri oleh Chef berasal dari Jepun ini, jangan segan silu untuk datang ke restoran Haikara-Style Cafe & Bakery yang terletak di Subang Jaya. Tak susah nak cari restoran ni sebab di depan restoran ni ada ditanam pokok buluh Jepun. Memang rasa macam berada di Jepun ketika melangkah masuk ke kawasan ini.
Masih lagi tak dapat nak agak kat mana restoran ni berada? Ok lah, Mek Ja sedekah kan alamat dia kat bawah. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Mereka tutup pada pukul 11 malam dan mengambil last order pada pukul 10:30 malam pada hari biasa tetapi pada hari Ahad, mereka tutup pukul 6 petang.
Haikara-Style Cafe & Bakery
E-Tiara Ground Floor,
Jalan Kemajuan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor
(Bersebelahan dengan AEON Big, Subang Jaya)
No comments:
Post a Comment