Total Pageviews

Monday, February 16, 2015

LAYAN LAH KULIT ANDA DENGAN LEBIH BAIK



Hiasi wajah anda dengan alat solek mesra alam yang akan membantu anda dan alam persekitaran kelihatan cantik. Lagipun, usaha menghijaukan bumi sentiasa menjadi gaya terkini.

Menggunakan alat kosmetik mesra alam membantu mengurangkan jumlah bahan-bahan kimia toksik yang menyerap dalam kulit anda. Kebanyakan produk-produk alat solek mesra alam juga menggalakkan pembungkusan kitar semula dan dakwat berasaskan soya, yang memberikan petanda baik untuk alam sekitar. Jika anda berhati-hati dengan apa yang anda masukkan dalam perut, berhati-hatilah juga dengan apa yang anda letak di muka anda.

1. Jika anda membeli celak mata, pilih pensil yang disaluti dengan kayu, bukan dengan plastik. Ini membantu mengurangkan sisa. Lagipun, ia terbiodegradasi! (Keupayaan bahan mereput dan diproses kembali menjadi bahan mesra alam) Kajian menunjukkan jika seorang dari 20 orang pengguna celak mata menggunakan pensil bersalut kayu dan bukannya plastik, kita mampu menghentikan penggunaan sehingga 10 ribu paun (4,500kg) plastik.

2. Baca label pada produk kosmetik anda. Ketahui bahan-bahan mana yang mempunyai kandungan kimia yang berbahaya kepada anda dan alam sekitar kerana ia akan membantu anda membuat pilihan. Semak laman web seperti SafeCosmetics.org atau CosmeticDatabase.com untuk melihat senarai lengkap syarikat-syarikat dam jenama yang selamat, dan juga bahan-bahan mesra alam sekitar. Anda boleh mesra alam sekitar dan juga kekal cantik!

3. Pilih maskara yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan mineral berbanding produk-produk petroleum dan elakkan produk yang datang dengan lapik kadbod dan gelembung plastik.

4. Cari gincu dan pengilat bibir yang diperbuat daripada bahan-bahan  yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bukannya daripada sumber-sumber berasaskan petroleum kerana yang kemudian itu merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Jika seorang daripada 5 pengguna gincu menggunakan produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, jumlah penggunaan produk petroleum akan berkurang sebanyak 825 ribu paun (374 ribu kg) setahun.

5. Ia adalah lebih baik untuk membeli bedak asas yang dibungkus dalam bekas kaca yang boleh dikitar semula berbanding dengan tiub plastik atau botol-botol. Jika seorang daripada 20 wanita membuat pilihan sebegini, tenaga tersimpan boleh mengisi 76 liter tangki gas setiap minggu selama 24 tahun!


No comments:

Post a Comment