Total Pageviews

Tuesday, February 3, 2015

Capai Keseimbangan Hidup

Kadangkala, mencapai keseimbangan hidup terutamanya mengimbangi tuntutan kerja dengan seluruh kehidupan kita merupakan sesuatu yang mencabar. Tetapi jangan fikir diri kita seorang saja yang mengalami masalah berikut. Di bawah ini adalah empat cara untuk menambah keseimbangan di dalam kehidupan seharian kita:-

1. Rancang masa terluang untuk keluarga dan rakan-rakan dalam minggu ini. Pastikan kita bergembira dalam masa yang telah ditetapkan itu. Bagi mereka yang sudah berkeluarga atau berpasangan, tetapkan satu hari dalam seminggu untuk bersama pasangan anda, kali ini tanpa anak-anak.


2. Sentiasa fokus di tempat kerja supaya anda dapat melakukan kerja dengan lebih pantas, dan membolehkan anda pulang ke rumah dengan lebih awal dan fokus kepada perkara lain pula selain kerja di pejabat.  Untuk fokus dalam melakukan kerja-kerja di pejabat, anda harus lah bijak mengelakkan gangguan di tempat kerja seperti melayari laman web yang tiada kena mengena dengan kerja anda, mengintai laman rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Pinterest dan Twitter atau membuat panggilan peribadi hanya sekadar untuk berbual kosong.


3. Ha! Yang ini agak sukar sikit kan? Luangkan masa untuk menjaga kesihatan dan melakukan senaman. Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh meningkatkan lagi tumpuan kita dan tahap tenaga di dalam tubuh kita. Apa kata anda cuba berlari-lari di atas treadmill di gym atau berlari-lari anak di tasik ataupun kawasan rumah anda. Anda pasti akan berasa tenang dan kurang tertekan.



4. Cari perkhidmatan untuk membantu anda menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja seharian anda seperti menyewa pengasuh untuk menjaga anak-anak di hujung minggu , mencari cleaner untuk membersihkan rumah anda pada hujung minggu atau membeli barangan runcit dari rumah melalui online shopping. Walaupun perbelanjaan anda meningkat tetapi fikirkan tentang manfaat fizikal, mental dan rohani jika anda mempunyai masa yang lebih untuk anda!




Jom join Mek Ja pergi gym! 

No comments:

Post a Comment