Total Pageviews

Sunday, February 15, 2015

MADU MAKANAN WAJIB MENCANTIKKAN WANITA

Tahukan anda yang madu bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malah ia juga mampu meningkatkan tahap kesihatan. Lebih istimewa lagi, madu juga mempunyai khasiat dan manfaat besar untuk kecantikan. Jom baca dengan lebih lanjut lagi untuk mengetahui apa yang madu boleh lakukan untuk anda!

1.       Memberikan Tenaga & Menaikkan Seri Wajah
Amalkan mengambil madu lebah sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil lah madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun dari tidur. Cara yang paling digalakkan ialah tuang sesudu madu di atas tapak tangan kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Jangan lupa mulakan dengan kalimah Bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan. InsyaAllah! Ia akan berhasil.

2.      Melindungi dan Melembapkan Kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangktan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah seperti jerawat. Selain itu, anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada, memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembab.

3.       Mengurangkan Tanda-Tanda Penuaan
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, carannya mudah, campurkan 1 sudu teh lemon dan madu, sukatan sama rata, kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan kapas muka.

4.      Meremajakan Kulit
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembab dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi yang terdapat di dalam madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda.

5.       Membersih secara semulajadi
Andakah anda tahu, madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembab.

6.      Mengatasi jerawat
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit licin dan sihat. Caranya mudah sahaja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang.

7.       Mencerahkan
Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberikan ketenangan . Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambit merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata.

8.      Atasi Rambut Gugur
Bagi anda yang mengalami masalah rambut gugur, usah susah hati. Campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul hingga sebati, kemudian sapu pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih, rambut akan menjadi sihat dan kuat.

9.      Suburkan Rambut
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih.

10.   Bibir merah semulajadi
Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam.


Extracted from TIP CANTIK, MINGGUAN WANITA



No comments:

Post a Comment