Total Pageviews

Thursday, February 12, 2015

Tempat yang penuh nostalgia sampai nak menitis air mata

Hampir menitis air mata bila Mek Ja menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Seksyen 8, Shah Alam ini. Setelah 18 tahun meninggalkan tempat ini, Mek Ja tak sangka yang hari ini akan datang lagi ke sini. Nak tau kenapa Mek Ja rasa sayu dan sedih sangat bila datang sini?







Banyak betul pengalaman manis dan pahit Mek Ja alami sewaktu berada di sini 18 tahun dahulu. Di sini lah Mek Ja tinggal sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara dulu. Dan di sini lah rumah sewa pertama Mek Ja duduk sewaktu belajar di UiTM. Antara kenangan pahit dan manis yang Mek Ja alami sewaktu berada di sini ialah.......di sini lah Mek Ja sewa bilik dengan kawan baik yang sangat Mek Ja sayangi bernama Ida atau nama penuhnya Faridah Hanum binti Isa. Banyak betul kenangan manis dengan dia sewaktu di sini. Masa tu kami sewa bersama dengan kakak-kakak yang sangat baik hati dan cantik-cantik, mereka ialah Nana, Kak Wani, Kak Zura dan Kak Hai. Dan sewaktu di sini jugalah Mek Ja putuskan hubungan dengan boyfriend Mek Ja yang sekarangnya dah jadi suami hehehe...bukan itu saja, di sini juga lah Mek Ja berpisah dengan kawan baik Mek Ja, iaitu Ida akibat salah faham. Perpisahan itu merupakan sesuatu yang sangat Mek Ja kesali sampai hari ini. Kenapa lah Mek Ja ni bodoh sangat masa tu..bodoh sangat melayan ego sampai tinggalkan kawan baik yang tersangat baik dan cari rumah sewa lain. Sejak itu hubungan kami renggang sampai lah kami berkahwin..huhuhuhu..nak menitis air mata bila ingat kisah yang menyayat hati itu..

Tapi hari ini, Mek Ja datang lagi ke sini bersama kakak sulung dan adik bongsu Mek Ja untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Restoran Soto Shah Alam. Kalau anda semua nak tahu, restoran ini terletak di bawah bilik sewa Mek Ja dulu.  Kalau sesiapa nak makan nasi campur dengan pilihan lebih dari 100 jenis lauk, jom datang ke restoran ini dengan kaum keluarga atau rakan-rakan sepejabat. Diaorang bukan saja menjual nasi bersama pelbagai lauk pauk yang sedap-sedap belaka tetapi juga kuih muih Melayu.

Antara favourite menu Mek Ja kat sini ialah sotong goreng tepung...huhuhu..sedapnya sotong goreng tepung dia.

Ini lauk yang Mek Ja ambik, sotong goreng tepung, ayam masak kurma dan kerabu jantung


Kakak sulung Mek Ja iaitu Lina juga tak kurang hebatnya, lauk penuh dalam pinggan sampai tak nampak nasi huhuhuhu....ingat ke Mek Ja yang kuat makan lauk, tapi dia lagi teruk..hahahaha!

Nampak ni pinggan kak Lina? Hahahaha! Lagi banyak lauk dia dari pinggan Mek Ja...


Ini pinggan adik Mek Ja yang bongsu iaitu Iman, ketam lembut goreng pedas dan cendawan goreng...
Kepada sesiapa yang datang sini dan bercadang nak ambik lauk yang banyak, jangan lupa bawak duit yang banyak juga ya kerana harga makanan di sini agak mahal berbanding restoran nasi campur yang lain. Tapi berbaloi kerana lauk-pauk yang dihidangkan sedap-sedap belaka...

P/S: Dengar kata, Fafau pun suka bawak family dia makan kat sini..kalau anda bertuah dapat jumpa dia dan keluarganya...

Okay, kepada anda yang nak datang ke sini tapi tak tau di mana, Mek Ja ada sertakan alamatnya di bawah. Selamat menjamu selera di sini!

Restoran Soto Shah Alam
No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 
40000 Shah Alam, Selangor 
Tel: 03-5512 3489

1 comment:

  1. How to Find a Casino Near Me - Oklahoma City Online
    A map showing casinos in Oklahoma City, 슬롯 Oklahoma, 당진 출장샵 United 영천 출장샵 States. หารายได้เสริม to 구미 출장마사지 locate a casino near you in Oklahoma City, Oklahoma and other places.

    ReplyDelete