Total Pageviews

Tuesday, February 10, 2015

CANTIK DI SEPANJANG USIA

Jika anda tidak bersedia untuk kelihatan tua bila usia meningkat, belajar lah untuk menentang tanda-tanda penuaan dan cegahlah serangan garisan halus, kedutan dan kekenduran kulit. 

Penuaan kulit berlaku apabila sokongan utama struktur kulit iaitu kolagen dan elastin mula merosot. Apabila kadar sel pembaharuan kulit berkurang, pengeluaran minyak dan kemampuan untuk mengekang air mula menyusut dan kulit akan menjadi kendur, jatuh dan menjadi kering serta berkedut.

Pada usia 30-an
Kulit anda akan menjadi kering dan menjadi lebih sensitif akibat daripada kerosakan kolagen. Tekanan, menghisap rokok dan kekurangan penghidratan akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Anda akan mula perasan beberapa garis halus dan kedutan muncul, terutama sekali di sekeliling mata dan bahagian mulut. Kulit di leher anda akan mula kendur apabila anda berada di akhir umur 20-an dan awal 30-an.

Apa yang anda boleh buat:

  •  Elakkan berada di bawah penghawa dingin dengan lama kerana ia akan mengeringkan kulit anda.
  • Jangan skip membuat facial setiap bulan untuk mengekalkan keremajaan kulit.
  • Tambah antioksidan di dalam badan anda seperti teh hijau atau Vitamin C untuk melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Jangan tinggalkan krim malam atau serum yang mengandungi retinol sebelum anda tidur 


Pada usia 40-an
Tompok matahari (sun spots) dan liang roma akan mula kelihatan  menandakan kulit kita sudah kehilangan kolagen dan keanjalan akan mula meninggalkan kulit kita dan menjadikan ia kelihatan kurang tegang seperti dahulu. Kulit akan menjadi kering dan pudar kerana ia kehilangan kelembapan untuk menentang cahaya dengan rata.

Apa yang anda boleh buat:

  • Kerap gunakan krim pelembab setiap pagi dan malam.
  • Dapatkan tidur yang cukup untuk membantu kulit kita dibaiki secara semulajadi.
  • Guna antioxidants yang berlainan secara bergilir-gilir untuk kesan yang lebih baik.
  • Krim atau serum Retinol yang dipreskripsi oleh doktor atau pakar kulit akan membantu mengurangkan bintik-bintik cokelat atau pigmentasi, penggelupasan dan mengelakkan tanda-tanda kanser kulit akibat matahari.

Pada usia 50-an
Kurangnya pengeluaran oestrogen yang bermakna kulit akan menjadi mudah rosak dan sangat-sangat kering. Keretakan kulit akan mula muncul bersama dengan tanda-tanda penuaan. Kehilangan lemak di dalam bahagian muka anda akan menyebabkan kulit menjadi kendur. Kaki kamu akan mula muncul Spider Veins dan tanda-tanda penuaan di muka akibat daripada kerosakan kerana cahaya matahari. Menopause akan memberikan pelbagai masalah kulit termasuklah kekeringan yang melampau dan jerawat kasar.

Apa yang anda boleh buat:

  • Laburlah dalam pembelian produk penjagaan kulit yang mempunyai kuasa yang kuat seperti krim pelembab malam extra hydrating dan serum anti penuaan dengan peptides.
  • Pakai pelindung cahaya matahari setiap hari.
  • Pakailah hydrating masks yang dibuat sendiri setiap minggu untuk menangani kehilangan pelembab.



 







No comments:

Post a Comment